Kesan modul Pendekatan Pemikiran Reka Bentuk Kelab STEM kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Rohaya Ahmad, and Mohd Ali Samsudin, and Fadzilah Amzah, (2021) Kesan modul Pendekatan Pemikiran Reka Bentuk Kelab STEM kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Jurnal Pendidikan Malaysia, 46 (1(SI)). pp. 62-73. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
414kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1431

Abstract

Proses pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) bukanlah berlaku secara hafalan semata-mata, sebaliknya memerlukan pengaplikasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Menerusi Kelab STEM, murid-murid berpeluang meneroka subjek menggunakan kaedah saintifik dengan tujuan untuk memahaminya dengan lebih baik dan mencari jawapan kepada isu-isu yang ditimbulkan. Kajian eksperimen kuasi ini mengkaji keberkesanan Modul Pendekatan Pemikiran Reka Bentuk Kelab STEM kepada peningkatan dan pengekalan KBAT dalam kalangan 32 orang murid sekolah rendah. Kesan penggunaan modul diukur sebanyak tiga kali menggunakan ujian KBAT iaitu sebelum intervensi (ujian pra), selesai intervensi (ujian pos) dan selepas tiga bulan intervensi (ujian pos lanjutan). Data dianalisis menggunakan ujian ANOVA pengukuran berulang. Dapatan menunjukkan perbezaan yang signifikan antara skor ujian pra dan ujian pos, serta ujian pos dan ujian pos lanjutan; ini menunjukkan bahawa pembelajaran berasaskan modul ini memberi kesan yang signifikan ke atas peningkatan pencapaian dan pengekalan KBAT. Implikasinya, pengaplikasian modul ini dapat meningkatkan KBAT murid-murid dari segi kreativiti dan pemikiran inovatif melalui aktiviti secara ‘hands on’ dalam konteks kehidupan sebenar dan mencabar keupayaan pemikiran aras tinggi murid. Kajian ini mencadangkan modul ini diintegrasikan bersama dalam proses pembelajaran subjek-subjek STEM arus perdana agar dapat memenuhi aspirasi negara dalam melahirkan murid yang cemerlang dalam pencapaian akademik dan kokurikulum.

Item Type:Article
Keywords:Integrasi STEM; Keberkesanan modul pembelajaran; Pendekatan pemikiran reka bentuk; Kemahiran berfikir aras tinggi
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:18493
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Apr 2022 02:55
Last Modified:21 Apr 2022 00:39

Repository Staff Only: item control page