Mnemonik in Biology (MIB) : meningkatkan pemahaman dan menggalakkan pembelajaran aktif dalam kalangan pelajar pra-universiti bagi topik Cellular Respiration

Nor Asniza Ishak, and Puteri Balqis Mohd Ishli, and Nor Zaity Bakri, (2021) Mnemonik in Biology (MIB) : meningkatkan pemahaman dan menggalakkan pembelajaran aktif dalam kalangan pelajar pra-universiti bagi topik Cellular Respiration. Jurnal Pendidikan Malaysia, 46 (1(SI)). pp. 75-86. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
859kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1431

Abstract

Cellular Respiration merupakan tajuk biologi pra-universiti yang memerlukan hafalan dan pemahaman konsep. Pelajar berpendapat tajuk ini adalah sukar dikuasai dan membosankan disebabkan memerlukan banyak hafalan. Justeru, kajian ini bertujuan meningkatkan kefahaman pelajar selain meningkatkan pembelajaran aktif dengan penggunaan Mnemonik in Biologi (MIB). Dua mnemonik telah dibina berdasarkan subtopik Glycolysis dan Krebs Cycle. Seramai 80 pelajar pra-universiti telah terlibat sebagai sampel kajian. Ujian pra, ujian pasca dan kuiz digunakan sebagai instrumen untuk melihat kesan MIB terhadap pemahaman pelajar. Soal selidik keberkesanan pengajaran dan pembelajaran aktif digunakan untuk mengenalpasti persepsi kendiri pelajar. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan min yang signifikan di antara ujian pra dan ujian pasca serta peningkatan yang ketara dalam keputusan kuiz selepas intervensi menggunakan MIB. Terdapat juga hubungan yang positif dan signifikan antara penggunaan MIB dan galakan pembelajaran aktif dalam kalangan pelajar. Kesimpulannya, kajian ini membantu meningkatkan kefahaman pelajar mengenai topik Cellular Respiration di samping sesi pembelajaran aktif menjadikan pelajar lebih berminat untuk mempelajari topik ini. Kajian ini menyumbangkan kaedah MIB untuk digunakan oleh pelajar serta pendidik dalam meningkatkan pemahaman dalam tajuk Cellular Respiration dan tajuk-tajuk biologi yang lain.

Item Type:Article
Keywords:Mnemonik; Biologi; Pembelajaran aktif; Cellular respiration; Pra-universiti
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:18494
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Apr 2022 03:01
Last Modified:21 Apr 2022 00:40

Repository Staff Only: item control page