Noorhazalen Saad, and Hamedi Mohd Adnan, and Azahar Harun, and Fazlina Mohd Razdi, (2021) Analisis formalistik dalam kartun politik Zunar. International Journal of the Malay World and Civilisation, 9 (3). pp. 13-24. ISSN 2289-1706
|
PDF
1MB |
Official URL: https://www.ukm.my/jatma/jilid-9-bil-3/
Abstract
Kartun dan politik sering menjadi isu yang sering dimainkan oleh kartunis bagi mengkritik pemimpin dan kerajaan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pendekatan visual dalam kartun politik yang dilukis oleh kartunis politik paling prolifik di Malaysia iaitu Zunar (Zulkiflee bin S.M. Anwar Haque). Tujuan utama kajian ini adalah untuk menganalisis bagaimana visual kartun politik Zunar menyebarkan mesej dalam lukisannya. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis elemen dan prinsipal seni dalam kartun politik Zunar menggunakan teori formalistik yang diperkenalkan oleh Ocvirk. Penyelidik menggunakan kaedah kualitatif yang berteraskan analisis kandungan. Kajian ini memfokuskan kepada buku kartun Zunar yang paling dominan, iaitu Pirate of Carry-BN yang mengandungi 120 halaman dengan jumlah panel sebanyak 132. Dua daripada 69 panel yang mengandungi imej karikatur Perdana Menteri Malaysia ke-enam Dato’ Sri Najib Razak dalam buku tersebut digunakan sebagai sampel kajian. Analisis formalistik menunjukkan aspek keseimbangan (balance), pergerakan (rhythm), nilai (value), ruang (space), pengulangan (repetition), tipografi, dan penekanan (emphasis) digunakan oleh Zunar dalam setiap karya kartun politiknya. Zunar menyampaikan mesej kepada pembaca dengan menggunakan visual kartun secara langsung agar pembaca faham mesej yang ingin disampaikan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kartun politik; Zunar; Formalistik; Karikatur; Najib |
Journal: | International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI) |
ID Code: | 18497 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 18 Apr 2022 02:27 |
Last Modified: | 21 Apr 2022 00:47 |
Repository Staff Only: item control page