Maznida Mahadi, and Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali, and Mardian Shah Omar, (2021) Tipologi pengurusan pembangunan etnik dalam novel terpilih. International Journal of the Malay World and Civilisation, 9 (3). pp. 43-55. ISSN 2289-1706
|
PDF
314kB |
Official URL: https://www.ukm.my/jatma/jilid-9-bil-3/
Abstract
Pengurusan pembangunan mencakupi seluruh aspek kehidupan termasuk hubungan etnik. Kajian ini menganalisis tipologi pengurusan pembangunan etnik yang terdapat dalam novel kajian terpilih. Tipologi pembangunan dilihat melalui enam ruang, iaitu alam, manusia, sosial, dunia, kebudayaan dan waktu berpandukan Teori Pembangunan yang diperkenalkan oleh Johan Galtung tentang aliran ilmu ekonomi, faktor luaran dan pendekatan rentas ruang. Objektif utama kajian adalah untuk menganalisis enam ruang tipologi berdasarkan pengurusan pembangunan kendiri watak pelbagai etnik yang ditampilkan novel-novel kajian. Kajian ini dilakukan secara deskriptif, penelitian teks secara kritis terhadap struktur karya. Dapatan memperlihatkan pengurusan pembangunan sangat penting untuk merealisasikan kod atau kosmologi sesebuah budaya, hubungan etnik, melalui ruang alam, manusia, sosial, dunia, kebudayaan dan waktu. Kesimpulannya, tipologi pengurusan pembangunan etnik dalam novel terpilih hanya mewakili sebahagian kecil realiti yang berlaku dalam masyarakat dan dalam ruang manusia. Kematangan sistem merupakan kondisi kesihatan fizikal, mental, spiritual yang akhirnya dikenali sebagai pengurusan “pembangunan manusia” atau “realisasi diri”.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Tipologi ruang; Pengurusan pembangunan; Hubungan etnik; Pembangunan manusia; Johan Galtung |
Journal: | International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI) |
ID Code: | 18498 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 18 Apr 2022 02:30 |
Last Modified: | 21 Apr 2022 00:47 |
Repository Staff Only: item control page