Laterit sebagai bahan binaan di tapak arkeologi : kajian perbandingan di Lembah Bujang (Malaysia) dan Batujaya (Indonesia)

Meljev Singh Sidhu, (2021) Laterit sebagai bahan binaan di tapak arkeologi : kajian perbandingan di Lembah Bujang (Malaysia) dan Batujaya (Indonesia). International Journal of the Malay World and Civilisation, 9 (3). pp. 57-63. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
958kB

Official URL: https://www.ukm.my/jatma/jilid-9-bil-3/

Abstract

Kajian ini membahas tentang penggunaan laterit sebagai bahan binaan di Lembah Bujang dan membuat perbandingan dengan sebuah lagi tapak perdagangan serantau iaitu Batujaya di Indonesia untuk menentukan sama ada wujudnya keseragaman dalam penggunaan bahan tersebut di lokasi berkenaan ataupun tidak. Penggunaan batu laterit dalam pembinaan di kebanyakan tapak di Lembah Bujang boleh dipertarikhkan dari kurun keempat Masihi sehingga kurun ke-14 Masihi, iaitu hampir sepanjang tempoh Lembah Bujang aktif sebagai tempat berdagang. Penggunaan laterit di Batujaya berjaya dikesan namun bangunan yang mengandungi laterit tidak pernah dipertarikhan dan ini menyukarkan perbandingan dibuat. Namun demikian, jika diambil kira bahawa Batujaya hanya aktif untuk tempoh yang singkat sahaja iaitu dari kurun kelima hingga ke-10, boleh dikatakan bahawa penggunaan batu laterit di Lembah Bujang adalah lebih awal daripada penggunaan laterit di Batujaya. Jikalau diambil kira jarak antara Lembah Bujang dan Batujaya, maka tidak boleh ditentukan dengan tepat sama ada terdapat hubungan antara teknologi pembinaan di kedua-dua lokasi berkenaan ataupun tidak.

Item Type:Article
Keywords:Lembah Bujang; Batujaya; Laterit; Bahan binaan; Tapak
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:18499
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Apr 2022 02:33
Last Modified:21 Apr 2022 00:50

Repository Staff Only: item control page