Dokumentasi saintifik : resipi tinta tradisional dan bahan penulisan manuskrip di Rantau Melayu

Nurul Amira Mohd Roslin Hazer, and Rajabi Abdul Razak, and Raihan Othman, and Dzul Haimi Md. Zain, and Arita Hanim Awang, and Nurhaya Baniyamin, and Mukhtaruddin Musa, (2021) Dokumentasi saintifik : resipi tinta tradisional dan bahan penulisan manuskrip di Rantau Melayu. International Journal of the Malay World and Civilisation, 9 (3). pp. 77-86. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
607kB

Official URL: https://www.ukm.my/jatma/jilid-9-bil-3/

Abstract

Dokumentasi dan penerangan mengenai pembuatan tinta asli dan bahan-bahan yang digunakan bagi menghasilkan manuskrip Melayu sering menjadi topik minimal dalam perbincangan literatur dan tidak didokumentasikan dengan baik. Segala maklumat dan pengetahuan berkaitan pembuatan tinta dipercayai hanya diwarisi dari satu generasi kepada generasi melalui kata lisan dan bukan melalui dokumentasi yang formal. Lebih menyedihkan lagi, ilmu terhadap pembuatan tinta hanyalah terhad kepada kalangan masyarakat eksklusif seperti pegawai istana, guru agama serta pelajar mereka. Sehubungan dengan itu, kajian ini didedikasi untuk memberi pendedahan terhadap resipi tinta tradisional Melayu serta bahan-bahan lain yang digunakan bagi menghasilkan naskhah manuskrip melalui beberapa pendekatan, iaitu wawancara berstruktur dan sumber literatur dengan menganalisis resipi dari serantau dunia yang dipercayai turut mempengaruhi penghasilan tinta di alam Melayu. Secara tradisional, tinta yang terdapat pada manuskrip Melayu adalah berasaskan sumber karbon dan dihasilkan daripada sumber semula jadi seperti arang hitam dan arang dari kulit manggis, getah gajus, beras ketan (beras pulut), telur putih, minyak daripada kulit buah gajus, lada hitam, garam, minyak kelapa dara dan cuka sawit serta bahan-bahan lain yang terdapat di kawasan sekeliling. Bahan kertas pula adalah kertas buatan tangan yang diimport dari Eropah mahupun Asia Tenggara. Kajian ini merupakan inisiatif baru bagi mendedahkan sejarah tinta tradisional Melayu dan memperluaskan lagi pengetahuan repertoir dalam teknologi kimia Melayu dan bahan lain yang digunakan bagi penghasilan naskhah manuskrip Melayu. Legasi tinta hitam tradisional Melayu yang ditunjukkan secara empirikal menggambarkan kebijaksanaan masyarakat Melayu terdahulu walaupun tiada pendidikan formal tetapi mampu memahami komposisi kimia yang terdapat pada setiap bahan yang digunakan bagi menghasilkan tinta tradisional.

Item Type:Article
Keywords:Dokumentasi saintifik; Legasi; Tinta tradisional; Tradisi Melayu
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:18501
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Apr 2022 02:40
Last Modified:21 Apr 2022 00:52

Repository Staff Only: item control page