Sumbangan Naskhah Umdat Al-Muhtajin abad 17 Masihi dalam pembinaan akhlak

Fairuzah Basri, and Mujaini Tarimin, (2022) Sumbangan Naskhah Umdat Al-Muhtajin abad 17 Masihi dalam pembinaan akhlak. International Journal of the Malay World and Civilisation, 10 (1). pp. 3-9. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
399kB

Official URL: https://www.ukm.my/jatma/jilid-10-bil-1/

Abstract

Naskhah Umdat al-Muhtajin adalah sebuah karya penulisan abad ke-17 Masihi yang masih dalam bentuk tulisan tangan. Ia tersenarai sebagai salah sebuah manuskrip yang popular di alam Melayu. Naskhah ini boleh ditemui dalam beberapa naskhah salinan di beberapa repositori manuskrip Melayu utama seluruh dunia. Kewujudan lebih daripada tiga puluh naskhah ini dalam bentuk salinan tulisan tangan memberi petanda kepada kelebihan naskhahnya. Naskhah Umdat al-Muhtajin adalah karangan asal Syeikh Abdul Rauf Singkel, seorang mufti Kerajaan Aceh Darussalam, Banda Aceh yang terletak di Sumatera Utara. Makalah ini bertujuan mencungkil aspek pembinaan akhlak daripada hasil penulisan seorang mufti yang banyak memberi sumbangan kepada dunia penulisan alam Melayu. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen yang terdapat pada naskhah tulisan tangan menerusi pendekatan filologi. Tahap awal metodologi ialah mengesan naskhah di beberapa repositori dunia dan membuat senarai keberadaan naskhah tersebut. Tahap berikutnya pula ialah melakukan kodikologi naskhah serta menganalisis aspek pembinaan akhlak yang merupakan dimensi dalaman dan luaran seorang manusia. Dimensi dalaman adalah hasil fikiran minda dan persetujuan hati. Dimensi luaran pula adalah cetusan tingkah laku hasil fikiran. Justeru, akhlak adalah suatu yang diusahakan dan menjadi kelaziman, seterusnya melambangkan keperibadian seseorang. Kajian ini mendapati bahawa pembinaan akhlak dalam naskhah Umdat al-Muhtajin dimulai daripada dimensi dalaman melalui kesedaran akidah terhadap keesaan Allah SWT. Manakala asas keimanan terhadap keesaan Allah terangkum dalam kalimah La ilaha illa’lah Muhammad Rasulullah. Berdasarkan kefahaman terhadap asas ini, analisis dokumen mendapati pembinaan akhlak diikuti dengan latihan sentiasa mengingati Allah menerusi kaedah zikir dengan kalimah tauhid. Tahap seterusnya ialah membina disiplin rutin seharian melalui ibadah sunat. Berdasarkan tahap ini, Syeikh Abdul Rauf didapati berusaha membentuk akhlak seseorang secara Islami, dimana beliau tetap mengambil kira tuntutan dunia dan kehidupan akhirat. Secara kesimpulannya, pembinaan akhlak berdasarkan pemikiran Syeikh Abdul Rauf dalam naskhah yang dikaji ini telah berjaya membangunakan satu model pembinaan akhlak yang diharap dapat menjadi panduan dalam menghadapi permasalahan berkaitan pembangunan akhlak pada hari ini.

Item Type:Article
Keywords:Filologi; Manuskrip Melayu; Naskhah kitab; Pembinaan akhlak; Salinan tangan
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:18502
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Apr 2022 03:00
Last Modified:21 Apr 2022 00:54

Repository Staff Only: item control page