Kebangkitan Islam di Malaysia sebelum kemerdekaan

Ishak Saat, and Khairi Ariffin, (2022) Kebangkitan Islam di Malaysia sebelum kemerdekaan. International Journal of the Malay World and Civilisation, 10 (1). pp. 11-18. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
283kB

Official URL: https://www.ukm.my/jatma/jilid-10-bil-1/

Abstract

Kemunculan Islam di Tanah Melayu adalah hasil usaha para pendakwah yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Arab, Cina dan juga India. Mereka membawa Islam dan menyebarkannya di alam Melayu. Namun setelah orang Melayu menerima Islam, kebangkitan Islam dilihat terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran dek kerana pegangan orang Melayu terhadap Islam yang longgar. Kelonggaran ini merujuk kepada sifat atau kefahaman selapis yang hanya tertumpu kepada ritual semata-mata seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji sahaja. Berdasarkan kepada sumber primer dan sekunder, makalah ini bermatlamat mengungkap sejarah kebangkitan Islam di Malaysia sebelum merdeka. Era sebelum merdeka memperlihatkan amalan Islam yang terikat secara tradisi dalam lingkaran adat budaya Melayu. Kajian menunjukkan bahawa kebangkitan Islam pada awal abad ke-20 banyak menimbulkan konflik secara terang-terangan antara pendakwah yang digelar Kaum Muda dengan Kaum Tua. Konflik ini melibatkan fahaman dan pendekatan dakwah antara golongan konservatif dengan golongan reformis Islam. Walaupun dewasa ini penggolongan orang Melayu dalam kategori ini sudah tidak lagi berlaku, tetapi fahaman Islam sebagai agama ritual semakin menebal dalam kalangan sesetengah orang Melayu. Selain itu, kajian ini turut mendapati bahawa golongan ini turut berkonflik disebabkan wujudnya segolongan orang Melayu yang ingin menegakkan Islam sebagai agama yang memerintah dan bukan sebagai agama yang diperintah. Kaum Muda percaya Islam merupakan satu cara hidup yang merangkumi aspek politik, ekonomi dan sosial. Malah berusaha untuk memastikan Islam sebagai agama yang dominan dalam kehidupan.

Item Type:Article
Keywords:British; Burhanuddin Al Helmy; Hizbul Muslimin; Kaum muda; Kaum tua
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:18503
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Apr 2022 03:09
Last Modified:21 Apr 2022 01:00

Repository Staff Only: item control page