Perbandingan kepengarangan syair diraja Melayu Perak-Johor era milenium

Rosnani Ibrahim, (2022) Perbandingan kepengarangan syair diraja Melayu Perak-Johor era milenium. International Journal of the Malay World and Civilisation, 10 (1). pp. 51-63. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
324kB

Official URL: https://www.ukm.my/jatma/jilid-10-bil-1/

Abstract

Artikel ini membincangkan kepengarangan dua penyair syair diraja Melayu pada era milenium. Syair, satu daripada wadah pengkaryaan penulis-penulis istana dalam era abad ke-16 hingga penghujung abad ke-19. Pada era ini, penceritaan dan pujian terhadap sultan menjadi idea kepengarangan. Walau bagaimanapun, corak kepengarangan sedemikian mula melemah, apabila berkembangnya sastera moden. Kehadiran kuasa Barat membawa corak kepengarangan yang pelbagai bentuk dan genre. Akibatnya, syair tidak lagi menjadi pilihan sebagai wadah penulisan. Syair Riwayat Yang Amat Mulia Tengku Ampuan Besar Pahang (1953) rakaman terakhir sejarah golongan diraja. Pada era milenium ini muncul dua karya, Syair Sultan Azlan Shah Berjiwa Rakyat (2009) oleh Mohd Ibrahim bin Said dan Syair DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar (2018) oleh Maskiah binti Masrom. Kedua-dua penulis ini menjadikan raja sebagai idea kepengarangan. Persoalannya, apakah idea yang ingin disampaikan oleh kedua-dua penulis ini dalam mempersembah penceritaan berhubung raja-raja mereka? Bagi menjawab persoalan ini, kedua-dua teks syair diraja ini telah dijadikan sampel kajian. Teori perbandingan sastera diapliaksi dalam usaha untuk meneliti kepengarangan mereka dalam mempersembah idea rakaman sejarah diraja pada era milenium. Kaedah kajian secara intrinsik terhadap sampel kajian juga turut digunakan. Dapatan kajian menemukan terdapat persamaan kepengarangan dalam menjulang dan memartabatkan rajanya. Dapatan ini meliputi tiga skop iaitu keluhuran, nasab keluarga dan pendidikan.

Item Type:Article
Keywords:Kritikan sastera; Teori perbandingan; Kepengarangan; Syair diraja; Syair milenium
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:18507
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Apr 2022 03:30
Last Modified:21 Apr 2022 01:18

Repository Staff Only: item control page