Pengetahuan murid tingkatan lima sekolah swasta terhadap kerjaya dalam bidang bahasa Melayu

Zuraini Jusoh, and Norazlina Mohd Kiram, and Rozita@Radhiah Said, (2022) Pengetahuan murid tingkatan lima sekolah swasta terhadap kerjaya dalam bidang bahasa Melayu. International Journal of the Malay World and Civilisation, 10 (1). pp. 65-70. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
236kB

Official URL: https://www.ukm.my/jatma/jilid-10-bil-1/

Abstract

Kajian tinjauan ini telah dijalankan kepada 36 orang murid tingkatan lima di sebuah sekolah swasta di negeri Selangor. Sampel kajian terdiri daripada 17 (47.2%) murid lelaki dan 19 (52.8%) murid perempuan. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti pengetahuan murid tingkatan lima di sebuah sekolah swasta terhadap jenis dan skop kerjaya yang terkait dengan bidang bahasa Melayu. Bagi tujuan ini, satu set soal selidik dengan hanya bahagian soalan terbuka yang berfokus kepada pengetahuan pekerjaan telah diedarkan. Murid turut diberi peluang untuk menulis lebih daripada satu jenis pekerjaan dalam bidang bahasa Melayu yang mereka ketahui. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat 4 orang murid (11%) yang tidak mengetahui sebarang kerjaya terkait dengan bidang bahasa Melayu. Manakala hanya seorang murid dapat menyenaraikan enam jenis kerjaya terkait. Secara keseluruhannya, terdapat 18 jenis kerjaya telah dinyatakan oleh sampel kajian dan dapat dirumuskan bahawa murid yang dikaji ini kurang mengetahui skop kerjaya dalam bidang Bahasa Melayu. Selain itu, kajian turut menggambarkan minat yang rendah untuk menceburi kerjaya dalam bidang ini apabila sebanyak 12 (33.3%) menyatakan mereka tidak berminat menjadikan bidang bahasa Melayu sebagai pilihan kerjaya mereka.

Item Type:Article
Keywords:Bidang bahasa Melayu; Pengetahuan kerjaya; Sekolah swasta; Jenis pekerjaan; Potensi bidang bahasa Melayu
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:18508
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Apr 2022 03:37
Last Modified:21 Apr 2022 01:21

Repository Staff Only: item control page