Kualiti air tasik dan kesesuaiannya terhadap aktiviti rekreasi berasaskan air di Tasik Embayu, Tanjong Malim, Perak

Mohmadisa Hashim, and Jennifer Michael, and Nasir Nayan, and Hanifah Mahat, and Yazid Saleh, and Koh, Liew See and Zahid Mat Said, (2022) Kualiti air tasik dan kesesuaiannya terhadap aktiviti rekreasi berasaskan air di Tasik Embayu, Tanjong Malim, Perak. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 18 (1). pp. 59-70. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
664kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1468

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti status kualiti air Tasik Embayu di Bandar Proton, Tanjong Malim Perak dan menilai kesesuaiannya terhadap aktiviti berasaskan air. Penilaian status kualiti air melibatkan pengukuran enam parameter utama iaitu DO, BOD, COD, SS, pH dan NH3N pada tujuh buah stesen pensampelan air yang telah ditetapkan. Kesemua parameter ini dibandingkan dengan Standard Kualiti Air Kebangsaan (NWQS) dan Indeks Kualiti Air (IKA) oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia untuk menilai tahap dan status kualiti air Tasik Embayu. Pensampelan air dijalankan sebanyak tiga kali iaitu pada bulan Mac, April dan Mei 2018. Metod kajian ini adalah melalui tinjauan, pensampelan air tasik dan ujian di dalam makmal untuk mendapatkan status kualiti air tasik yang diperlukan. Hasil kajian mendapati bahawa nilai keseluruhan IKA Tasik Embayu sepanjan tempoh cerapan ialah 76.53%. Pada bulan Mac, nilai IKA yang direkodkan adalah 74.99%, diikuti bulan April (76.91%) dan Mei (77.69%) dan nilai ini menunjukkan kualiti air Tasik Embayu berada pada Kelas II. Sementara itu, parameter kualiti air yang menunjukkan berlakunya pencemaran air di Tasik Embayu adalah parameter SS (Kelas III) dan COD (Kelas IV). Parameter yang lain mencatatkan nilai di bawah standard yang membolehkan sebarang aktiviti rekreasi berasaskan air dijalankan di tasik ini. Pencemaran air Tasik Embayu adalah disebabkan dengan bahan-bahan pencemar daripada sisa domestik dan sisa restoran yang dialirkan secara langsung ke dalam tasik. Manakala aktiviti pembersihan ladang kelapa sawit yang dilakukan tidak jauh dari tasik serta pembukaan tanah untuk kawasan perumahan baru turut meningkatkan SS terutama pada waktu hujan. Walaupun hasil kajian menunjukkan kualiti air Tasik Embayu berada pada tahap sederhana tercemar, namun ia masih lagi sesuai untuk menjalankan aktiviti berasaskan air seperti berkayak, memancing serta beriadah di sekitar tasik berkenaan.

Item Type:Article
Keywords:Aktiviti rekreasi; Eutrofikasi; Indeks kualiti air; Pencemaran air; Tasik
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:18514
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Apr 2022 06:22
Last Modified:22 Apr 2022 03:08

Repository Staff Only: item control page