Interdiskursiviti dalam perutusan arahan kerajaan berkaitan COVID-19

Harshita Aini Haroon, and Zaliza Zubir, and Noor Asliza Abdul Rahim, and Noriha Basir, (2021) Interdiskursiviti dalam perutusan arahan kerajaan berkaitan COVID-19. GEMA ; Online Journal of Language Studies, 21 (4). pp. 38-63. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
481kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1440

Abstract

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan sebanyak dua kali iaitu pada 18 Mac 2020 dan 13 Januari 2021 semenjak penularan COVID-19 di Malaysia melalui perutusan Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung dalam media elektronik. Walaupun bertujuan memaklumkan khalayak tentang arahan PKP, dijangkakan teks perutusan tersebut dibentuk melalui jalinan wacana atau interdiskursiviti iaitu gabungan genre wacana dan stail yang melaksanakan pelbagai fungsi dalam proses penyampaian arahan, berdasarkan hegemoni politik, ideologi dan budaya masyarakat. Pelbagai persoalan dan persepsi wujud dalam pemikiran rakyat sebelum perutusan PKP diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Teks perutusan PKP mengandungi pelbagai hasrat Perdana Menteri dan Kerajaan seperti menyampaikan maklumat, memberikan arahan, menenangkan hati rakyat dan sebagainya. Kaedah analisis kandungan digunakan untuk menganalisis dua teks PKP dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Kajian ini bertujuan mengenal pasti fungsi dan jenis wacana yang digunakan dalam kedua-dua teks perutusan PKP, seterusnya merungkaikan teknik yang digunakan untuk menyampaikan fungsi tersebut berdasarkan kerangka analisis fungsi wacana dipetik daripada Idris Aman (2006). Kaedah analisis kandungan digunakan untuk menganalisis dua teks PKP dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Dapatan kajian mengemukakan tafsiran interdiskursiviti dalam teks PKP yang direalisasikan melalui lima fungsi utama, iaitu memberitahu, memahamkan, mengemukakan/mempertahan pandangan, meluah hasrat dan mengeluarkan arahan. Hasil kajian juga mendapati bahawa penggunaan tiga teknik baharu dalam fungsi meluah hasrat, iaitu empati, nasihat dan penghargaan. Selain itu, kajian ini memberi kefahaman bahawa interdiskursiviti wujud dalam teks yang mempunyai satu objektif utama dengan pelbagai tujuan yang bergantung pada faktor khalayak, persekitaran dan situasi semasa. Penggunaan interdiskursiviti juga merupakan refleksi kepada strategi komunikasi pewacana yang mengimbangi antara keperluan menunjukkan keprihatinan kepada khalayak dengan keperluan menyampaikan arahan PKP.

Item Type:Article
Keywords:Interdiskursiviti; Perintah kawalan pergerakan; Perutusan; Fungsi wacana; Teknik wacana
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:18522
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Apr 2022 00:32
Last Modified:26 Apr 2022 08:03

Repository Staff Only: item control page