Representasi halal dan haram dalam wacana Parlimen Malaysia

Norsimah Mat Awal, and Kesumawati A. Bakar, and Anis Nadiah Che Abdul Rahman, and Imran Ho Abdullah, (2021) Representasi halal dan haram dalam wacana Parlimen Malaysia. GEMA ; Online Journal of Language Studies, 21 (4). pp. 186-207. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
3MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1440

Abstract

Isu-isu berkaitan halal dan haram amat penting bagi masyarakat Islam di Malaysia kerana ianya berkaitan dengan pelbagai aspek sosial dan budaya seperti perhubungan, pakaian, makanan dan juga perniagaan. Ramai yang berpandangan bahawa isu berkaitan halal dan haram - iaitu apa yang dibenarkan dan dilarang dalam Islam - sering dikaitkan dengan makanan dan juga pergaulan. Berteraskan dinamik kedua-dua konsep ini dalam kehidupan seharian, kajian ini bertujuan untuk menyelidik representasi leksis halal dan haram dalam wacana Parlimen Malaysia menerusi analisis berpandukan korpus bagi meneliti bagaimana dan dalam konteks apa kedua-dua konsep dibahaskan di parlimen. Objektif ini dicapai dengan melihat trend kekerapan dan penggunaan leksis halal dan haram dalam konteks wacana Parlimen Malaysia dan seterusnya evolusi semantik kedua-dua terma ini dari satu hukum kepada satu komoditi dapat ditelusuri. Data kajian ini diperolehi dari Malaysian Hansard Corpus (MHC) yang meliputi Parlimen 1 (1959-1964) hingga Parlimen 13 (2013-2018) dan bersaiz lebih kurang 157 juta patah perkataan. Dapatan kajian menunjukkan perbezaan pada pola penggunaan halal dan haram dalam MHC. Pada awalnya, leksis halal dikaitkan dengan konsep dan undang-undang Islam, namun penggunaan halal telah berkembang menjangkau ke beberapa domain seperti perniagaan, pelancongan, kosmetik dan ekosistem. Ini jelas menunjukkan usaha menjadikan halal sebagai satu cara hidup. Penggunaan leksis haram pula sering dikaitkan dengan domain seperti aktiviti, objek dan kumpulan orang. Pola penggunaan menunjukkan fungsi haram sebagai kata sifat yang mengubah nilai bagi kata nama daripada neutral kepada negatif di Malaysia. Penelitian bagi perkataan-perkataan yang kerap muncul bersama dengan halal dan haram dalam MHC menunjukkan trend penggunaannya yang semakin meluas dan pada masa yang sama memaparkan variasi makna dalam wacana parlimen yang meliputi jangka waktu hampir 60 tahun.

Item Type:Article
Keywords:Halal; Haram; Korpus Hansard Malaysia; Wacana parlimen; Pendekatan berpandukan korpus
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:18529
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Apr 2022 01:31
Last Modified:27 Apr 2022 00:12

Repository Staff Only: item control page