Tumpahan minyak di Laut China Timur : kajian kes tumpahan minyak kapal Sanchi

Mahfuzah Hamizah Mohd Ariff, and Nurul Iman Khairul Anwar, and Nur Ilyana Ezwan, (2022) Tumpahan minyak di Laut China Timur : kajian kes tumpahan minyak kapal Sanchi. Current Legal Issues, 4 . pp. 27-45. ISSN 2550-1704

[img]
Preview
PDF
336kB

Official URL: http://www.ukm.my/cli/2022-4-cli/

Abstract

Kejadian tumpahan minyak di lautan merupakan suatu masalah yang tidak asing kepada masyarakat dunia. Masalah ini adalah berpunca daripada pelbagai faktor seperti pelanggaran kapal dan penggunaan kapal berbendera Panama atau ‘Flag of Convenience’ yang telah uzur. Kajian ini merupakan kajian kes pelanggaran kapal di Laut China Timur yang berlaku di antara kapal Sanchi dan kapal CF Crystal yang mengakibatkan tumpahan minyak yang besar berlaku di kawasan tersebut. Setelah hampir empat tahun kejadian tersebut berlaku, kajian ini dilakukan untuk meneliti semula aspek liabiliti dan tanggungan negara perairan pantai serta negara pemilik kapal tersebut apabila berlakunya perlanggaran kapal dan tumpahan minyak.Kajian ini juga dilakukan untuk mengenalpasti undang-undang antarabangsa yang terlibat dalam mengawal selia isu tumpahan minyak di laut. Antara undang-undang antarabangsa yang mengawal selia tumpahan minyak adalah seperti Konvensyen Undang-undang Laut Antarabangsa Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, International Convention on Civil Liability for Oil Pollution Damage (Civil Liability Convention), International Convention for the Prevention of Pollution from Ships (MARPOL 73/78), 1973/1978 dan Northwest Pacific Action Plan (NOWPAP).Kaedah kajian perpustakaan dilakukan dengan meneliti artikel-artikel dan laporan kes berkaitan perlanggaran kapal Sanchi dan CF Crystal serta tumpahan minyak. Kajian mendapati bahawa Negara China hendaklah bertanggungjawab untuk membersihkan tumpahan minyak yang berlaku kerana tumpahan minyak itu berlaku di kawasan Zon Ekonomi Eksklusif China manakala kapal Sanchi pula bertanggungjawab membayar perbelanjaan-perbelanjaan yang diperlukan untuk membersihkan kawasan tumpahan minyak tersebut.

Item Type:Article
Keywords:Tumpahan minyak; Kapal Sanchi; Zon Ekonomi Eksklusif China; Liabiliti Laut China Timur; Perlindungan dan pemeliharaan persekitaran laut
Journal:Current Legal Issue
ID Code:18541
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Apr 2022 03:08
Last Modified:22 Apr 2022 03:55

Repository Staff Only: item control page