Penyelesaian pertikaian di bawah Konvensyen Undang Undang Laut Antarabangsa

Mahfuzah Hamizah Mohd Ariff, and Nurul Iman Khairul Anwar, and Nur Ilyana Ezwan, (2022) Penyelesaian pertikaian di bawah Konvensyen Undang Undang Laut Antarabangsa. Current Legal Issues, 4 . pp. 69-87. ISSN 2550-1704

[img]
Preview
PDF
343kB

Official URL: http://www.ukm.my/cli/2022-4-cli/

Abstract

Konvensyen Undang-Undang Laut Antarabangsa 1982 telah memperuntukan empat kaedah yang boleh digunakan oleh negara-negara ahli untuk menyelesaikan pertelingkahan. Kaedah yang pertama adalah melalui Tribunal Antarabangsa Undang-undang Laut (ITLOS) yang ditubuhkan selaras dengan lampiran VI, manakala kaedah yang kedua pula adalah merupakan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (MKA). Kaedah yang ketiga dan keempat adalah melalui tribunal timbang tara yang ditubuhkan dibawah Lampiran VII dan akhir sekali, tribunal timbang tara khas yang ditubuhkan dibawah Lampiran VIII untuk dua atau lebih pertikaian yang dikhususkan. Kajian ini dilakukan adalah untuk melihat kaedah-kaedah penyelesaian pertikaian dengan melihat prosedur-prosedur yang telah ditetapkan dibawah KUULA 1982. Selain itu, kajian ini akan melihat kes-kes yang telah diputuskan yang menggunapakai kaedah penyelesaian pertikaian seperti yang telah dinyatakan seperti kes penambakan laut oleh Singapura di sekitar Johor, kes Anglo-Norwegian Fisheries yang melibatkan antara United Kingdom dan Norway, Kes North Sea Continental Shelf antara Jerman dan Denmark dan kes tuntutan China terhadap Laut China Selatan yang melibatkan Republik Filipina dan Republik China. Di samping itu, pengkaji akan mengkaji bidang kuasa institutusi yang terlibat dalam menyelesaikan masalah pertikaian di laut sesama negara ahli. Pengkaji juga akan membincangkan isu-isu berkaitan dengan institusi yang dinyatakan seperti pertembungan antara ITLOS dengan MKA, kritikan terhadap kes yang diputuskan oleh institusi yang berkaitan dan sebagainya. Metadologi yang digunakan oleh pengkaji adalah kajian perpustakaan sahaja. Akhir sekali, pengkaji dapat melihat bahawa penyelesaian pertikaian dibawah KUULA 1982 dapat memberi jalan keluar kepada negara yang bertelingkah dengan penuh diplomasi.

Item Type:Article
Keywords:Undang-Undang Laut Antarabangsa; Mahkamah Keadilan Antarabangsa; Timbang tara; Penyelesaian pertikaian
Journal:Current Legal Issue
ID Code:18545
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Apr 2022 03:24
Last Modified:22 Apr 2022 04:00

Repository Staff Only: item control page