Intervensi kesihatan di tempat kerja bagi aktiviti fizikal dan atau nutrisi di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana : satu ulasan sistematik

Nadia Atiqah Mohamad Nor, and Hum, Wee Lei and Chan, Caryn Mei Hsien (2021) Intervensi kesihatan di tempat kerja bagi aktiviti fizikal dan atau nutrisi di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana : satu ulasan sistematik. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 19 (2). pp. 1-12. ISSN 1675-8161

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/1355

Abstract

Sebuah ulasan sistematik telah dibuat dengan tujuan untuk merumuskan program intervensi kesihatan di tempat kerja bagi aktiviti fizikal dan atau nutrisi bagi negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana bermula Januari 2008 hingga Disember 2019. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti jenis-jenis intervensi kesihatan dan mengkaji kesan intervensi kesihatan bagi peningkatan aktiviti fizikal dan atau nutrisi di tempat kerja bagi negara berpendapatan rendah dan sederhana. Pencarian secara sistematik dilakukan dengan menggunakan pengkalan data Scopus, PubMed dan Web of Science. Kajian ini telah dilaporkan dalam Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta Analyses (PRISMA). Penilaian kritikal menggunakan kaedah McMaster yang telah diubahsuai bagi kajian kuantitatif untuk mendapatkan kualiti metodologi kajian. Oleh sebab keheterogenan data ini, sintesis secara deskriptif dilakukan. Daripada 6940 data kajian yang didapati, 36 kajian menepati semua kriteria inklusi yang merangkumi pendidikan kesihatan, perubahan persekitaran dan perubahan tingkah laku melalui amalan gaya hidup sihat. Rumusan hasil dapatan menunjukkan bahawa intervensi kesihatan di tempat kerja boleh memberi kesan positif terhadap kesihatan dan tingkah laku pekerja. Walaupun hasil dapatan menunjukkan kesan yang positif, namun dapatan kajian adalah kurang seragam dan kurang jelas dari segi parameter intervensi dan pengukuran hasil, maka ini telah mengehadkan perkembangan aplikasi hasil ini. Kesimpulannya, intervensi kesihatan di tempat kerja menunjukkan potensi untuk meningkatkan aktiviti fizikal dan menambahbaik nutrisi di kalangan pekerja. Walaupun saranan tentang keberkesanan intervensi tidak dapat dibuat, namun diharap, hasil dapatan ulasan sistematik ini dapat menjadi panduan bagi tujuan amalan dan polisi bagi promosi kesihatan di tempat kerja, pada masa akan datang.

Item Type:Article
Keywords:Aktiviti fizikal; Intervensi; Nutrisi; Promosi kesihatan; Tempat kerja
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:18580
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 May 2022 07:13
Last Modified:17 May 2022 06:57

Repository Staff Only: item control page