Julat rujukan bagi jumlah homosisteina dalam plasma di kalangan kanak-kanak di Malaysia

Affandi Omar, and Siti Rozilah Abdul Kadir, and Salina Abdul Rahman, and Fatimah Diana Amin Nordin, and Balqis Kamarudin, and Nur Jannaim Muhamad, and Rosnani Mohamed, and Marleena Mamat, and Noornatisha Salleh, and Zabedah Md Yunus, and Julaina Abdul Jalil, (2021) Julat rujukan bagi jumlah homosisteina dalam plasma di kalangan kanak-kanak di Malaysia. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 19 (2). pp. 22-28. ISSN 1675-8161

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/1355

Abstract

Homosisteinemia merupakan salah satu penyakit kepincangan metabolisme terwaris (IEM) yang menyebabkan peningkatan paras homosisteina. Homosisteina adalah salah satu asid amino mengandungi sulfur yang mempunyai kumpulan thiol yang dibentuk hasil daripada proses demetilasi asid amino methionina. Dalam penyakit kepincangan metabolisme terwaris (inborn errors of metabolism – IEM), terdapat tujuh jenis penyakit berpunca daripada kekurangan enzim yang terlibat dalam metabolisme homosisteina. Paras jumlah homosisteina adalah berbeza mengikut jenis penyakit akibat kekurangan enzim ini. Maka, terdapat keperluan bagi mewujudkan suatu julat rujukan untuk membezakan antara populasi normal dengan populasi berpenyakit. Kajian ini menerangkan penemuan berkenaan julat rujukan bagi jumlah homosisteina di kalangan kanak-kanak di Malaysia. Sebanyak 3 ml darah telah diambil daripada 86 individu normal (52 orang kanak-kanak lelaki dan 34 orang kanak-kanak perempuan) dan seterusnya diproses serta dianalisis menggunakan kaedah kromatografi cecair berprestasi tinggi jenis fasa penukar ion (HPLC-IEC). Hasil kajian mendapati min jumlah homosisteina bagi keseluruhan populasi rujukan ialah sebanyak 8.1 ± 3.89 μM (95% selang keyakinan 7.3-8.9 μM). Julat rujukan sedia ada bagi populasi rujukan adalah sebanyak 2.5 – 16.2 μM dengan had pemutus terendah (lower cut-off) dan had pemutus teratas (upper cut-off) masing-masing adalah 1.0 μM dan 21.0 μM. Julat tersebut didapati agak tinggi berbanding dengan penyelidik luar. Penemuan julat rujukan bagi jumlah homosisteina untuk populasi kanak-kanak di Malaysia yang terbaru ini dapat mengurangkan jumlah kadar positif palsu semasa proses diagnosis penyakit dilakukan.

Item Type:Article
Keywords:Homosisteinemia; Jumlah homosisteina; Julat rujukan; Kromatografi cecair berprestasi tinggi
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:18582
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 May 2022 07:35
Last Modified:17 May 2022 06:49

Repository Staff Only: item control page