Penggunaan aplians penahan ortodontik boleh tanggal bagi pengekalan hasil rawatan ortodontik - ulasan

Lew, Xian and Asma Ashari, and Alizae Marny Fadzlin Syed Mohamed, and Rohaya Megat Abdul Wahab, and Asma Alhusna Abang Abdullah, and Farinawati Yazid, and Lau, May Nak (2021) Penggunaan aplians penahan ortodontik boleh tanggal bagi pengekalan hasil rawatan ortodontik - ulasan. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 19 (2). pp. 51-61. ISSN 1675-8161

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/1355

Abstract

Fasa pengekalan adalah asas dalam rawatan ortodontik. Lebih kurang 70% pesakit mengalami kambuh semula selepas rawatan ortodontik. Risiko kambuh semula dapat dikurangkan dengan penggunaan aplians penahan yang sesuai dengan keadaan klinikal pesakit sebelum rawatan dan berdasarkan ciri-ciri aplians penahan. Apabila aplians penahan boleh tanggal diberi, tanggungjawab menjaga kestabilan gigi terletak pada pesakit. Idea terkini telah diusulkan bahawa aplians penahan yang boleh ditanggalkan harus dipakai selama-lamanya untuk mengekalkan hasil rawatan. Oleh itu, pemahaman terhadap ciri-ciri pengekalan aplians penahan gigi yang boleh ditanggalkan adalah penting untuk meningkatkan kepatuhan dan kepuasan pesakit. Artikel ini mengaji aplians penahan gigi yang boleh ditanggalkan dan fokus dalam perkara termasuk pilihan kegemaran di kalangan doktor pergigian, tahap penerimaan pesakit, keberkesanan aplians, kepatuhan pesakit, dan juga rejim fasa pengekalan. Pencarian artikel secara elektronik dilakukan di “PubMed/MEDLINE”, “ScienceDirect” dan “Scopus database”. Pencarian telah dilakukan hingga Jun 2020 menggunakan pelbagai kata kunci termasuk aplians penahan ortodontik, “Hawley”, terbentuk secara vakum dan pengekalan. Di antara 248 penerbitan yang dicari, sebanyak 56 penerbitan akhirnya dimasukkan. Dua puluh tujuh kajian adalah kajian jenis pemerhatian (6 prospektif; 16 keratan rentas, 4 retrospektif, dan 1 siri kes), 14 eksperimen, 14 artikel ulasan, dan satu pendapat. Walaupun terdapat banyak ulasan mengenai aplians penahan yang boleh ditanggalkan, kini terdapat beberapa artikel yang penting telah diterbitkan baru-baru ini. Bukan itu sahaja, garis panduan yang terkini mengenai rejim pengekalan juga sangat diperlukan.

Item Type:Article
Keywords:Aplians penahan ortodontik; Boleh ditanggalkan; Ortodontik; Aplians ortodontik
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:18586
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 May 2022 08:12
Last Modified:17 May 2022 06:56

Repository Staff Only: item control page