Diskrepansi saiz gigi intermaksila dan kesannya terhadap hasil rawatan ortodontik

Asma Ashari, and Khairil Aznan Mohamed Khan, and Asma Alhusna Abang Abdullah, and Asmak Shaari, (2021) Diskrepansi saiz gigi intermaksila dan kesannya terhadap hasil rawatan ortodontik. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 19 (2). pp. 69-76. ISSN 1675-8161

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/1355

Abstract

Diskrepansi saiz gigi intermaksila (DSG) adalah ketidakseimbangan ukuran saiz gigi pesakit yang biasanya dirujuk kepada analisis Bolton. Ketidakseimbangan saiz ini juga mungkin boleh mempengaruhi hasil rawatan ortodontik. Justeru itu, kajian retrospektif ini dijalankan untuk mengkaji prevalens diskrepansi saiz gigi intermaksila (DSG) di luar 2 sisihan piawai (2 SP) daripada min Bolton dalam kalangan pesakit ortodontik dan menilai kesan DSG di luar 2 SP daripada min Bolton ke atas hasil rawatan ortodontik. Sebanyak 226 set model kajian pesakit ortodontik yang memenuhi kriteria pemilihan telah dipilih daripada 3077 kes ortodontik yang diperiksa. Analisis Bolton iaitu nisbah anterior dan nisbah keseluruhan, telah dilakukan ke atas setiap model pra-rawatan. Kes-kes yang dikenal pasti mempunyai DSG di luar 2 SP dinilai hasil rawatannya serta direkodkan teknik intervensi yang telah dijalankan untuk menambah baik hasil rawatan. Hasil kajian mendapati bahawa sebanyak 29.20% kes mempunyai DSG di luar 2 SP daripada min Bolton. Sejumlah 26.54% kes mempunyai nisbah anterior lebih daripada 2 SP. manakala 7.08% kes mempunyai nisbah keseluruhan lebih besar daripada 2 SP. Daripada jumlah kes yang mempunyai DSG di luar 2 SP, hasil rawatan ortodontik untuk kebanyakan kes ini (62.12%) adalah terjejas. Kesimpulannya, terdapat lebih daripada satu perempat pesakit ortodontik hadir dengan DSG di luar 2 SP daripada min Bolton yang boleh mempengaruhi hasil rawatan ortodontik. Teknik intervensi perlu dirancang sebaiknya untuk mencapai hasil rawatan yang memuaskan.

Item Type:Article
Keywords:Diskrepansi saiz gigi; Analisis Bolton; Hasil rawatan ortodontik
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:18588
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 May 2022 08:31
Last Modified:17 May 2022 06:50

Repository Staff Only: item control page