Keberkesanan buku interaktif dalam meningkatkan pengetahuan pemakanan bagi kanak-kanak prasekolah

Ku Akmal Afifi Ku Marudzi, and Syafiqah Husna Rusdi, and Leong, Tang Xiu and Nur Hana Hamzaid, (2021) Keberkesanan buku interaktif dalam meningkatkan pengetahuan pemakanan bagi kanak-kanak prasekolah. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 19 (2). pp. 77-86. ISSN 1675-8161

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/1355

Abstract

Pendidikan pemakanan sihat pada peringkat umur yang awal memainkan peranan penting dalam usaha memastikan tumbesaran kanak-kanak yang optimum. Salah satu kaedah adalah penggunaan bahan pendidikan yang bersesuaian dengan peringkat umur. Kajian ini adalah bertujuan untuk menilai keberkesanan buku interaktif, yang telah diuji kesesuaiannya oleh pakar kandungan, sebagai bahan pendidikan pemakanan dalam meningkatkan pengetahuan pemakanan sihat dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Kajian kuasi-eksperimen ini telah melibatkan 116 kanak-kanak prasekolah yang berumur antara empat hingga enam tahun (60±10 bulan) daripada lima buah tadika di sekitar Bangi, Selangor. Subjek dibahagikan, secara rawak, kepada kumpulan intervensi (n=58) dan kumpulan kawalan (n=58), di mana hanya kumpulan intervensi didedahkan kepada buku interaksi. Borang soal-selidik keberkesanan dengan jumlah skor 32 telah digunakan dalam kajian ini pada tiga peringkat penilaian, iaitu sebelum (Pre-test), sejurus selepas (Post-test I) dan seminggu selepas (Post-test II), di mana Post-test I hanya dilakukan pada subjek kumpulan intervensi. Min skor bagi Pre-test yang diperoleh oleh kumpulan intervensi adalah 25±5 dan 26±4 oleh kumpulan kawalan. Selepas intervensi, min skor kumpulan intervensi dalam Post-test I telah meningkat kepada 29±4 dan kekal semasa Post-test II. Manakala, tiada perubahan min skor bagi kumpulan kawalan (26±5) bagi Post-test II. Kumpulan intervensi menunjukkan peningkatan tahap pengetahuan yang signifikan (p<0.001) selepas pendedahan kepada buku interaktif dan perbandingan kesan kumpulan*masa. Kajian ini telah membuktikan bahawa buku interaktif berpotensi berkesan dan sesuai sebagai bahan pembelajaran pemakanan sihat dalam usaha meningkatkan tahap pengetahuan pemakanan kanak-kanak prasekolah.

Item Type:Article
Keywords:Keberkesanan; Pendidikan pemakanan; Buku interaktif; Pra-sekolah
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:18589
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 May 2022 00:13
Last Modified:17 May 2022 06:42

Repository Staff Only: item control page