Penyertaan rakyat secara kolektif di dalam sistem pertahanan negara menurut teori logik rasional dan teori logik ekspresif

Mohd Kamarul Amree Mohd Sarkam, and Mohamad Zaidi Abdul Rahman, and Bharuddin Che Pa, (2021) Penyertaan rakyat secara kolektif di dalam sistem pertahanan negara menurut teori logik rasional dan teori logik ekspresif. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 48 (2). pp. 1-25. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
546kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1415

Abstract

Penyertaan secara kolektif bermaksud tindakan dua atau lebih daripada seorang individu bagi mencapai sesuatu matlamat dan manfaat yang akan dikongsi bersama. Namun begitu, terdapat juga sesetengah individu yang tidak bersetuju dengan perkara tersebut sehingga membawa kepada penyertaan secara berseorangan. Perkara ini turut berlaku terhadap penyertaan rakyat di dalam sistem pertahanan negara di mana terdapat dua jenis individu: pertama, yang bersemangat tinggi untuk mempertahankan tanah air dan kedua, yang tidak mengambil berat langsung akan hal tersebut. Oleh itu, penggunaan teori-teori penyertaan seperti teori logik rasional dan logik ekspresif dilihat mampu untuk merungkai sejauh mana tahap penyertaan itu diukur samada berdasarkan ganjaran dan insentif penyertaan bagi teori pertama, atau teori kedua tentang ekspresi individu yang menghasilkan nilai-nilai murni di dalam penyertaan. Data kajian adalah bersifat kualitatif melalui kaedah kepustakaan yang melibatkan penganalisaan terhadap sumber-sumber seperti buku, jurnal, tesis dan laman sesawang. Kajian ini mendapati bahawa kedua-dua teori mempunyai kekuatan tersendiri dalam menyelesaikan permasalahan penyertaan secara kolektif dalam sistem pertahanan negara. Namun begitu, teori logik ekspresif lebih sesuai dipraktikkan kerana ianya melibatkan ekspresi dan perasaan cinta yang tinggi terhadap negara, mengatasi ganjaran dan insentif yang bakal diterima hasil daripada penyertaan yang dilakukan.

Item Type:Article
Keywords:Penyertaan secara kolektif; Penyertaan rakyat; Teori logik rasional; Teori logik ekspresif; Sistem pertahanan negara
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:18596
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 May 2022 01:36
Last Modified:18 May 2022 03:03

Repository Staff Only: item control page