Noer Nahar Marzuki : wirawati tidak didendangkan dalam pendidikan zaman kolonial Belanda di Jawa, 1932-1942

Mohamad Muzammil Mohamad Noor, (2021) Noer Nahar Marzuki : wirawati tidak didendangkan dalam pendidikan zaman kolonial Belanda di Jawa, 1932-1942. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 48 (2). pp. 26-53. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
542kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1415

Abstract

Penulisan artikel ini menumpukan kepada seorang wanita Indonesia, Noer Nahar dalam perjuangannya mengorbankan masa dan wang ringgit bagi membantu suaminya, Natsir mencapai cita-cita membangunkan sebuah pendidikan Islam moden iaitu Sekolah Pendidikan Islam (Pendis) pada zaman kolonial Belanda di Jawa sekitar tahun 1932-1942. Artikel ini mengupas peranan seorang wanita moden dalam perjuangan membentuk anak bangsa dan wanita tempatan dalam pendidikan, nasionalisme dan emansipasi wanita Indonesia; di samping menerapkan perjuangannya dengan membuka sebuah sekolah agama moden. Persoalannya, adakah perjuangan Noer Nahar berjaya atau tidak membangunkan sekolah itu dengan suaminya, Natsir? Perbincangan dalam penulisan ini adalah berdasarkan kepada pendekatan analisis sumber-sumber daripada surat persendirian, kertas kerja, temu bual serta penyelidikan menerusi kaedah kajian arkib dengan menganalisis dokumen-dokumen Belanda. Penyelidikan ini menggunakan bahan dan data daripada Arsip Nasional Indonesia, Perpustakaan Nasional Indonesia dan Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia. Hasil penulisan ini mengesani perjuangan beliau membangunkan sebuah sekolah agama moden adalah disebabkan tidak mendapat sokongan daripada pihak kolonial Belanda. Sebagai seorang guru wanita yang menerima pendidikan kolonial, beliau turut membangunkan minda bangsa Indonesia melalui pendidikan dengan menaburkan nilai-nilai nasionalisme Indonesia kepada bangsanya. Penulisan ini dapat menonjolkan tokoh wanita Indonesia dalam lipatan sejarah untuk tatapan umum.

Item Type:Article
Keywords:Noer Nahar; Pendidikan bangsa Indonesia; Sekolah Pendidikan Islam (Pendis); Nasionalime Indonesia; Kolonial Belanda
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:18597
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 May 2022 01:39
Last Modified:18 May 2022 03:04

Repository Staff Only: item control page