Pengenalan rancangan pengairan Kerian dan kesannya terhadap aspek ekonomi petani padi di Kerian, Perak (1906-1941)

Siti Noor Hafizah Mohamed Sharif, (2021) Pengenalan rancangan pengairan Kerian dan kesannya terhadap aspek ekonomi petani padi di Kerian, Perak (1906-1941). Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 48 (2). pp. 54-81. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
890kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1415

Abstract

Artikel ini membincangkan tentang Rancangan Pengairan Kerian dan kesannya terhadap aspek ekonomi petani padi di Kerian, Perak (1906-1941). Pembukaan Rancangan Pengairan Kerian pada tahun 1906 sememangnya telah membantu meningkatkan jumlah keluasan kawasan penanaman dan hasil padi seperti yang telah dibincangkan dalam penulisan-penulisan sebelum ini. Namun permasalahannya, kesan penyediaan rancangan pengairan itu ke atas aspek ekonomi petani padi di Kerian tidak diperincikan dalam penulisan-penulisan tersebut terutamanya dengan penguatkuasaan “The Krian Irrigation Enactment, 1905”. Bagi merungkai permasalahan tersebut, penulisan artikel ini menggunakan kedua-dua kaedah, iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif. Artikel ini mendapati bahawa bebanan kos yang ditanggung petani padi semakin bertambah kerana mereka bukan sahaja terpaksa menanggung sewa tanah yang lebih tinggi tetapi juga perlu menjelaskan bayaran ke atas kemudahan pengairan ekoran pelaksanaan dan penguatkuasaan “The Krian Irrigation Enactment, 1905”. Namun hasil padi tidaklah sepenuhnya melebihi atau sekurang-kurangnya sama dengan anggaran purata yang ditetapkan oleh pentadbiran British kerana hasil padi masih dipengaruhi oleh masalah cuaca dan serangan serangga perosak. Ringkasnya dari aspek ekonomi, kehidupan petani padi tidaklah bertambah baik dengan penyediaan rancangan pengairan ini kerana berlakunya peningkatan kos dalam penanaman padi yang terpaksa ditanggung petani padi. Skop masa penulisan artikel ini bermula pada tahun 1906 kerana pada tahun ini Rancangan Pengairan Kerian dibuka sepenuhnya untuk kegunaan penduduk di Kerian dan tamat pada tahun 1941 ekoran berlakunya pendudukan Jepun. Sumber primer yang dirujuk bagi penulisan artikel ini adalah rekod-rekod rasmi kolonial British seperti Reports on the Krian Irrigation Scheme, Annual Report on Social and Economic Progress of the People of Perak dan Report of the Rice Cultivation Committee.

Item Type:Article
Keywords:Rancangan Pengairan Kerian, Perak; The Krian Irrigation Enactment 1905; Petani padi; Kemudahan pengairan
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:18598
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 May 2022 01:43
Last Modified:18 May 2022 03:05

Repository Staff Only: item control page