Faktor penghalang kepada peranan guru sebagai agen sosialisasi politik di sekolah dalam membentuk perpaduan di daerah Petaling

Yong, Hie Hie and Ku Hasnita Ku Samsu, and Zatul Himmah Adnan, (2021) Faktor penghalang kepada peranan guru sebagai agen sosialisasi politik di sekolah dalam membentuk perpaduan di daerah Petaling. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 48 (2). pp. 82-107. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
833kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1415

Abstract

Guru merupakan agen sosialisasi politik yang penting dalam membantu proses pemupukan perpaduan etnik dalam kalangan pelajar. Di peringkat sekolah rendah, guru bertindak sebagai agen sosialisasi politik yang berpengaruh dalam menyemai kesedaran pelajar pada awal usia mereka tentang kepentingan perpaduan etnik terutamanya dalam konteks masyarakat pelbagai etnik di Malaysia. Walau bagaimanapun proses pemupukan perpaduan etnik di Malaysia amnya, dan di peringkat sekolah rendah khususnya masih berhadapan dengan pelbagai cabaran dan halangan. Justeru, makalah ini membincangkan faktor penghalang kepada peranan guru sebagai agen sosialisasi politik yang berkesan dari aspek amalan pentadbiran sekolah dalam membentuk perpaduan etnik di peringkat sekolah rendah. Proses pengumpulan data bagi kajian ini dijalankan melalui kaedah perbincangan kumpulan berfokus yang melibatkan 16 orang guru Melayu, Cina dan India daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) di daerah Petaling, Selangor. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat tiga faktor amalan pentadbiran yang menjadi penghalang kepada guru untuk memainkan peranan sebagai agen perpaduan etnik di sekolah. Pertama, sistem pengasingan guru dalam dua sesi persekolahan; kedua, pengelompokan guru di bilik guru mengikut mata pelajaran; dan ketiga, tumpuan utama kepada sukatan pelajaran berbanding dengan aspek lain seperti perpaduan etnik di sekolah. Kajian ini mendapati bahawa ketiga-tiga faktor ini menyumbang kepada kewujudan jurang etnik sesama guru, sekali gus menjadi penghalang kepada peranan guru sebagai agen sosialisasi politik dalam membentuk perpaduan etnik yang berkesan di sekolah. Justeru, pihak sekolah perlu memberi perhatian terhadap isu ini dan memberi kesedaran kepada semua warga sekolah tentang kepentingan perpaduan etnik di institusi tersebut.

Item Type:Article
Keywords:Agen sosialisasi politik; Sosialisasi politik; Perpaduan etnik; Cabaran; Sekolah; Guru
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:18599
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 May 2022 01:46
Last Modified:18 May 2022 03:10

Repository Staff Only: item control page