Pengukuhan kuasa Melayu : perkembangan politik dan pentadbiran Kesultanan Johor sehingga abad ke-18

Mardiana Nordin, (2021) Pengukuhan kuasa Melayu : perkembangan politik dan pentadbiran Kesultanan Johor sehingga abad ke-18. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 48 (2). pp. 108-137. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
551kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1415

Abstract

Kesultanan Johor muncul pada awal abad ke-16 sebagai kesinambungan Kesultanan Melayu Melaka. Makalah ini bertujuan untuk meneliti pengukuhan kuasa kesultanan Johor sejak awal pengasasannya sehinggalah melewati era baru dalam politik dan pentadbiran pada abad ke-18. Kesultanan Johor merupakan salah sebuah kuasa yang berkembang di alam Melayu. Bagi masyarakat Melayu, persekitaran kuasa, tumpuan kuasa dan kuatkuasa mereka adalah istana. Kuasa tersebut meliputi aspek politik dan pentadbiran termasuk juga sosio-ekonomi. Justeru, objektif penulisan makalah ini adalah untuk membincangkan sejauhmanakah institusi kesultanan Johor dapat bertahan sejak tahun 1528 sehingga abad ke-18 (malahan hingga kini). Selain itu menjelaskan kepentingan kedudukan ‘sultan’ sebagai tonggak kuasa Melayu. Objektif terakhir untuk menilai bagaimanakah kesultanan Johor boleh menjadi sebuah kuasa Melayu yang berpengaruh dalam kalangan kuasa serantau dan kuasa asing berabad-abad lamanya. Penulisan ini mengaplikasikan kajian kualitatif yang berasaskan disiplin sejarah. Sehubungan itu kajian perpustakaan digunakan untuk memanfaatkan sebaik mungkin naskhah Melayu dan penulisan-penulisan sekunder yang terbukti berautoriti bagi setiap aspek yang dikaji penulis. Hasil kajian mendapati, secara keseluruhan perkembangan politik dan pentabiran Kerajaan Johor dalam tempoh tersebut mengalami situasi turun dan naiknya. Walau bagaimanapun, institusi kesultanan Johor tersebut tetap bertahan sebagai simbol kuasa Melayu sejak tahun 1528 sehinggalah abad ke-18. Kedudukan ‘sultan’ masih kekal sebagai tonggak kuasa Melayu walaupun mengalami beberapa kali konflik ketakhtaan dan berubah dinasti. Selanjutnya, kesultanan Johor masih tetap menjadi antara kuasa yang berpengaruh di alam Melayu sehingga abad ke-18 walaupun menghadapi persaingan dengan Aceh, Jambi, Portugis, Belanda dan beberapa pihak yang lain. Hal ini terbukti dengan sistem politik dan pentadbiran yang tersusun serta hubungan diplomatik yang terancang.

Item Type:Article
Keywords:Kesultanan Johor; Kuasa; Pusat pentadbiran; Politik dan pentadbiran
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:18600
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 May 2022 01:50
Last Modified:18 May 2022 03:10

Repository Staff Only: item control page