Budaya politik federal : memikirkan federalisme Malaysia dari perspektif normatif

Abdul Aqmar Ahmad Tajudin, and Muhamad Nadzri Mohamed Noor, (2021) Budaya politik federal : memikirkan federalisme Malaysia dari perspektif normatif. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 48 (2). pp. 138-163. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
528kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1415

Abstract

Perbincangan federalisme di Malaysia sering memfokuskan kepada pendekatan struktural dan institusional seperti pembahagian kuasa, sentralisasi, federalisme fiskal, dan hubungan kerajaan pusat-negeri. Artikel ini sebaliknya, cuba meneroka federalisme Malaysia dari perspektif normatif, iaitu dari aspek budaya politik federal – sebagai satu set tingkah laku dan mekanisme dalam menguruskan kerencaman etnik dan kestabilan politik. Perspektif ini memfokuskan kepada tiga hal, iaitu federalisme sebagai perjanjian ikatan moral, federalisme sebagai solidariti sosial, dan federalisme sebagai desentralisasi kuasa. Menggunakan sumber primer melalui temu bual dan sumber sekunder seperti karya akademik dan akhbar yang dianalisis secara kualitatif, artikel ini menghujah budaya politik federal adalah penting dalam sesebuah negara persekutuan kerana ia bukan sahaja dapat melengkapi pendekatan struktural dan institusional dalam federalisme Malaysia, malah sifatnya yang menepati prinsip federalisme sejati seperti penyatuan dalam kepelbagaian, pembahagian kuasa, autonomi dan kerjasama politik. Di akhir perbincangan, artikel ini menyimpulkan bahawa budaya politik federal menyediakan sebuah cara berfikir, tindakan dan budaya berpolitik yang bersesuaian dengan nilai dan cara hidup berpersekutuan sekaligus memupuk kesepaduan sosial, integriti wilayah dan serta kestabilan politik di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Budaya politik federal; Kerencaman etnik; Kestabilan politik; Malaysia; Perpaduan etnik
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:18601
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 May 2022 01:53
Last Modified:18 May 2022 03:12

Repository Staff Only: item control page