Tanggungjawab guru dalam memperkasakan pendidikan menurut majalah berbahasa Melayu 1940-an hingga 1950-an

Wan Noorlizawati Wan Mat Ali, and Nazirah Lee, and Siti Zahrah Mahfood, (2021) Tanggungjawab guru dalam memperkasakan pendidikan menurut majalah berbahasa Melayu 1940-an hingga 1950-an. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 48 (2). pp. 190-211. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1415

Abstract

Makalah ini bertujuan untuk memperlihatkan satu sisi baharu dalam sejarah perkembangan pendidikan sekular di Tanah Melayu sepanjang 1940-an sehingga 1950-an. Ia memberi tumpuan kepada perbincangan yang diterbitkan di dalam majalah dan akhbar berbahasa Melayu berkaitan dengan tanggungjawab guru untuk memperbaiki mutu pengajaran mereka. Kajian ini dijalankan dengan kaedah kajian keperpustakaan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Maklumat berkenaan pendidikan dicerap daripada sumber majalah berbahasa Melayu sebagai sumber utama seperti Majalah Guru, Panduan Raayat, Sahabat dan Bintang Malaya. Di samping itu, sumber sekunder seperti buku dan artikel turut digunakan. Hasil kajian memperlihatkan guru-guru seharusnya mempunyai kreativiti dalam pengajaran di samping memiliki keperibadian yang baik. Malah, pihak kerajaan turut memberikan perhatian kepada isu berkaitan pendidikan dan berusaha membasmi masalah buta huruf dengan menggunakan siaran radio. Ringkasnya, perbincangan tentang strategi dan metodologi pengajaran serta keperibadian guru yang diterbitkan dalam majalah berbahasa Melayu dalam tempoh kajian adalah sumber berharga kepada semua yang terlibat dalam dunia pendidikan hari ini.

Item Type:Article
Keywords:Kaedah pengajaran; Majalah; Masyarakat Melayu; Pendidikan; Tanggungjawab guru
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:18603
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 May 2022 02:49
Last Modified:18 May 2022 03:14

Repository Staff Only: item control page