Cabaran peniaga Cina dalam sektor penghasilan makanan di Butterworth, 1900-2000

Tan, Soon Chin and Adnan Jusoh, (2021) Cabaran peniaga Cina dalam sektor penghasilan makanan di Butterworth, 1900-2000. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 48 (2). pp. 238-269. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1415

Abstract

Artikel ini memfokus tentang cabaran yang dihadapi oleh peniaga Cina yang terlibat dalam sektor penghasilan makanan pada tempoh 1900-2000. Isu-isu seperti kemelesetan ekonomi 1929 dan penghapusan status pelabuhan bebas Pulau Pinang telah memberi kesan yang mendalam terhadap sektor penghasilan makanan orang Cina di Butterworth. Keadaan ini diburukkan lagi dengan pengenalan cukai tambahan dan peristiwa Hartal yang berlaku di Pulau Pinang pada tahun 1947. Permasalahan utama ialah sejauh mana setiap cabaran yang berlaku telah memberi kesan terhadap sektor penghasilan makanan orang Cina di Butterworth. Penelitian ini menerapkan kaedah tafsiran sejarah dengan membuat analisis terhadap sumber primer dan sekunder yang terdapat di perpustakaan, Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang, Arkib Cawangan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Penerangan Negeri Pulau Pinang dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia Cawangan Negeri Pulau Pinang. Hasil kajian mendapati peniaga Cina yang mengusahakan sektor penghasilan makanan telah menghadapi pelbagai cabaran seiring dengan perubahan isu politik semasa dan masalah dalaman. Walaupun begitu, peniaga Cina yang mengusahakan perniagaan penghasilan makanan secara kecil-kecilan tidak terjejas dengan keadaan politik semasa. Kesemua isu yang berlaku sebelum dan selepas merdeka tidak menjadi batu penghalang kepada mereka untuk meneruskan perniagaan. Malahan pelbagai isu politik yang berlaku pada tempoh tersebut tidak memberi kesan yang besar terhadap perniagaan penghasilan makanan Cina yang berskala kecil kerana modal yang digunakan untuk menjalankan perniagaan adalah rendah. Oleh itu, kajian ini sangat penting khususnya untuk memahami isu dan cabaran politik yang berlaku serta kesan terhadap perniagaan orang Cina pada tempoh tersebut.

Item Type:Article
Keywords:Cabaran; Sektor penghasilan makanan; Orang Cina; Butterworth
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:18605
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 May 2022 02:57
Last Modified:18 May 2022 03:18

Repository Staff Only: item control page