Sejarah Ahl Al-Bayt Hadhrami di Pahang : salasilah dan sumbangan

Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar, and Mohd Anuar Ramli, (2021) Sejarah Ahl Al-Bayt Hadhrami di Pahang : salasilah dan sumbangan. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 48 (3). pp. 1-42. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
325kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1450

Abstract

Diaspora orang Arab telah bertebaran ke seberang laut dari pusat asal mereka di Timur Tengah dan telah bertapak di pelbagai pelusuk dunia Islam Sebahagian mereka berpindah dari Hadramaut yang mana sekelompok kecilnya adalah dari keturunan Nabi Muhammad SAW dari jalur Sayyidina Husain yang digelar sebagai Ahl al- Bayt Hadhrami. Mereka mempunyai pengaruh yang besar dalam pengislaman rantau Alam Melayu. Khususnya di negeri Pahang, golongan Ahl al-Bayt Hadhrami memainkan peranan penting bersama masyarakat setempat. Justeru itu artikel ini memfokuskan mengenai asal usul dan sejarah kedatangan kabilah Ahl al-Bayt Hadhrami ke negeri Pahang dan sumbangan mereka kepada masyarakat setempat sama ada dalam bidang dakwah dan pendidikan Islam, perniagaan dan politik setempat. Bagi mencapai objektif tersebut, pendekatan kualitatif digunakan melalui kaedah kepustakaan yang berasaskan analisis literatur dan kaedah lapangan yang berasaskan metode temubual. Pengkaji telah merujuk koleksi catatan peribadi tentang kabilah Ahl al-Bayt Hadhrami di negeri Pahang di samping menemubual dua orang penjaga nasab Ahl al-Bayt Hadhrami di negeri Pahang dan Terengganu. Hasil kajian mendapati bahawa kabilah Ahl al-Bayt Hadhrami yang datang ke negeri Pahang pada peringkat awal adalah dari jalur Sayyid Ahmad b. ‘Isa al-Muhajir (873M–956M) yang terdiri daripada enam kabilah utama, iaitu al- Yahya (Ben Yahya), al-Habsyi, al-Kherid, al-Hindhuan, al-Attas dan al-Haddad. Mereka telah memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat setempat di negeri Pahang. Dalam perniagaan, selain daripada memenuhi keperluan kehidupan, mereka turut mengembangkan ekonomi setempat negeri Pahang. Penglibatan mereka dalam politik pula adalah untuk menjayakan strategi dakwah Islam kepada masyarakat. Manakala penyertaan mereka dalam bidang dakwah serta Pendidikan Islam adalah untuk meneruskan legasi Rasulullah SAW. Sehingga ke hari ini, keluarga Ahl al-Bayt Hadhrami terus berkembang dan berasimilasi dengan masyarakat tempatan.

Item Type:Article
Keywords:Dakwah; Hadhrami; Ilmu nasab; Pahang; Pendidikan Islam
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:18606
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 May 2022 03:38
Last Modified:18 May 2022 03:40

Repository Staff Only: item control page