Noorilham Ismail, and Muhamad Hasrul Zakariah, (2021) Reaksi anggota Parti Komunis Malaya (PKM) terhadap darurat di Tanah Melayu, 1948-1960 : penelitian terhadap memoir-memoir anggota PKM terpilih. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 48 (3). pp. 43-67. ISSN 2180-0251
|
PDF
275kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1450
Abstract
Makalah ini menganalisis reaksi anggota Parti Komunis Malaya terhadap pentadbir British sewaktu darurat. Perhatian khusus telah diberikan ke atas catatan memoir anggota PKM yang terlibat sewaktu darurat di Tanah Melayu, 1948-1960. Objektif kajian ini adalah untuk memperlihatkan reaksi anggota PKM dalam bentuk gerila dan kerjasama dengan golongan massa sepanjang 12 tahun darurat. Untuk itu, memoir anggota komunis terpilih seperti Abdullah C. D., Suriani Abdullah, Chin Peng, Rashid Maidin, dan Shamsiah Fakeh telah dijadikan sebagai sumber utama dalam perbincangan ini. Penelitian ke atas memoir anggota PKM ini adalah penting untuk mengenalpasti bentuk-bentuk reaksi yang ditunjukkan oleh organisasi berkenaan sepanjang tempoh darurat kerana memoir anggota PKM yang dipilih ini berupaya untuk memaparkan dengan jelas reaksi yang difokuskan dalam perbincangan. Catatan-catatan memoir tersebut telah diteliti, ditafsir dan disusun dalam satu bentuk kronologi dengan hujahan yang lebih objektif lalu diimbangi dengan catatan dokumen primer daripada arkib. Sumber-sumber arkib itu diperoleh dari Arkib Negara Malaysia, The National Archive (TNA), London, dan Arkib Negara Singapura di samping dokumen dalam bentuk akhbar. Dokumen tersebut terdiri daripada fail pejabat luar (FO 800), fail tanah jajahan (FCO 141) dan termasuklah fail kabinet kerajaan British (CAB). Justeru, makalah ini sampai pada kesimpulan bahawa catatan memoir anggota PKM yang dipilih dalam kajian ini mampu memberi gambaran mengenai reaksi pihak PKM terhadap pengisytiharan darurat oleh pentadbir British bagi menghasilkan naratif sejarah yang objektif.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Parti Komunis Malaya; Darurat; Tanah Melayu; Pentadbir British; Memoir |
Journal: | Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies |
ID Code: | 18607 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 12 May 2022 03:51 |
Last Modified: | 18 May 2022 03:41 |
Repository Staff Only: item control page