Kesatuan sekerja dan hubungan pekerjaan : artikel sorotan

Sharifah Nursyahidah Syed Annuar, (2021) Kesatuan sekerja dan hubungan pekerjaan : artikel sorotan. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 48 (3). pp. 68-104. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
604kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1450

Abstract

Hubungan pekerjaan merupakan konsep kontemporari berbanding dengan hubungan industri. Malah, hubungan pekerjaan meliputi hubungan majikan-pekerja, institusi-institusi dan kekuasaan. Oleh yang demikian, kajian ini mengupas literatur yang seiring dengan trend dan perkembangan dari masa ke masa mengenai kesatuan sekerja dan hubungan pekerjaan. Apatah lagi, sorotan literatur tentang kesatuan sekerja dan hubungan pekerjaan dalam bahasa Malaysia dan skop sains politik adalah masih kurang. Maka, semua makalah yang berkaitan dengan kedua-dua topik tersebut termasuklah demokrasi dikenal pasti. Kajian ini mengambil kira makalah-makalah penyelidikan kualitatif dan kuantitatif. Batasan tahun untuk sorotan literatur ini pula ialah dari tahun 2001 hingga tahun 2021 untuk melihat trend dan perkembangan tentang topik ini dalam tempoh 20 tahun terakhir. Lanjutan daripada itu, kajian ini mendapati bahawa faktor-faktor menganggotai kesatuan sekerja, kadar keahlian kesatuan sekerja, pengorganisasian dan pengrekrutan kesatuan sekerja, cabaran-cabaran kesatuan sekerja, demokrasi kesatuan sekerja, taktik-taktik majikan an peranan Negara merupakan wacana yang dibahaskan secara konsisten dalam kalangan para sarjana di pelbagai negara. Kekonsistenan ini menunjukkan bahawa tema kesatuan sekerja adalah mapan dalam literatur hubungan pekerjaan kerana kesatuan sekerja sehingga hari ini tetap dilihat sebagai aktor paling relevan dalam memperjuangkan hak-hak pekerja.

Item Type:Article
Keywords:Kesatuan sekerja; Gerakan buruh; Hubungan pekerjaan; Hubungan industri; Pendemokrasian; Kelas pekerja
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:18608
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 May 2022 04:04
Last Modified:18 May 2022 03:42

Repository Staff Only: item control page