Pilihan Raya Negeri Melaka 2021 : cerminan Pilihan Raya Umum 15?

Siti Noranizahhafizah Boyman, (2021) Pilihan Raya Negeri Melaka 2021 : cerminan Pilihan Raya Umum 15? Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 48 (3). pp. 105-126. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
563kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1450

Abstract

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka telah diadakan pada 20 November 2021 apabila empat orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) (dua dari United Malays National Organisation (UMNO), satu daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan satu daripada Bebas) menarik sokongan daripada kepimpinan negeri yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN). PRN ini telah mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk memilih pemimpin pilihan mereka. Keputusan menunjukkan kuasa dikembalikan semula kepada BN dengan mendapat kemenangan bergaya majoriti dua pertiga. Justeru, artikel ini akan meneliti beberapa aspek daripada PRN Melaka iaitu perbandingan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 14 dan PRN 2021 di Melaka, pola sokongan pengundi dan analisis kemenangan BN sama ada boleh menjadi kayu ukur menjelang PRU 15. Untuk mencapai objektif yang diperlukan, kajian ini menggunakan analisis kandungan dan sumber sekunder. Hasil kajian mendapati pola sokongan pengundi di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kepada BN sangat tinggi dan konsisten pada PRU 1 hingga PRU 13 dan PRN 2021. BN berada dalam kedudukan yang selesa dengan majoriti dua pertiga setiap kali pilihan raya kecuali PRU 14. Selain itu, dapatan menunjukkan kawasan-kawasan yang ditandingi BN pada PRN Melaka mengalami peningkatan prestasi. Peningkatan prestasi ini jelas terutamanya rakan komponennya seperti Malaysian Chinese Association (MCA) dan Malaysian Indian Congress (MIC) yang sebelum ini gagal memenangi kerusi pada PRU 14. Manakala di pihak Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN), menunjukkan penurunan prestasi secara keseluruhan. Parti Islam Se Malaysia (PAS) juga masih gagal memenangi kerusi pada PRU 14 dan PRN Melaka. Dapatan kajian juga mendapati ada enam perkara yang boleh dijadikan indikator sama ada PRN Melaka boleh dijadikan kayu ukur kepada PRU 15 iaitu kekuatan parti yang bertanding, manifesto, kempen dan strategi, undi majoriti, masa dan isu. Secara keseluruahnnya, dalam persaingan menuju PRU 15 ini, BN telah berjaya mendahului PH dan PN di kerusi DUN Melaka. Implikasinya, parti lawan sedang mengatur strategi untuk bersaingpada PRU 15 dan pelbagai kemungkinan boleh berlaku seperti penggabungan atau ahli parti yang melompat.

Item Type:Article
Keywords:Pilihan Raya Negeri Melaka; Barisan Nasional; Pola pengundian; Politik pilihan raya Malaysia; PRU 15
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:18609
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 May 2022 04:27
Last Modified:18 May 2022 03:43

Repository Staff Only: item control page