Sejarah kedatangan komuniti Cina ke Terengganu abad 14M-18M : diaspora dan penukaran agama

Azman Che Mat, and Azarudin Awang, and Ruhaizah Abd Ghani, (2022) Sejarah kedatangan komuniti Cina ke Terengganu abad 14M-18M : diaspora dan penukaran agama. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 49 (1). pp. 1-22. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
505kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1472

Abstract

Catatan negeri Terengganu dalam lipatan sejarah China memperlihatkan hubungan yang akrab yang telah dilalui oleh dua kerajaan. Sesungguhnya hubungan yang akrab ini dibuktikan dengan kedatangan komuniti Cina ke negeri Terengganu secara sukarela ke negeri Terengganu sejak ratusan tahun yang lalu turut membawa bersama sistem kepercayaan yang diwarisi. Kini, kebanyakan komuniti Cina di negeri Terengganu tinggal di daerah Kuala Terengganu yang berfungsi sebagai ibu negeri, pusat pentadbiran, pusat perniagaan negeri yang majoriti berbangsa Melayu malah merupakan pusat keagamaan bagi komuniti Cina. Kajian ini bertujuan menjelaskan tentang peranan Kuala Terengganu sebagai pusat perkembangan agama-agama bagi komuniti Cina di negeri ini. Metodologi kajian ini dilakukan melalui pendekatan historis dan temu bual ke atas lima (5) orang pemimpin badan-badan agama di negeri ini. Hasil kajian mendapati wujud dua kelompok agama di negeri ini, iaitu ‘Agama Kebangsaan Cina’ yang merujuk kepada kepercayaan yang diwarisi dari Tanah Besar China. Dalam perihal ini Persatuan Buddha Terengganu merupakan badan yang utama berperanan mempromosikan pendidikan Buddha kepada komuniti Cina. Kelompok yang kedua merupakan komuniti Cina yang melakukan penukaran agama sama ada kepada agama Kristian atau Islam. Kewujudan gereja-gereja kecil (Parish) di bandar Kuala Terengganu memperlihatkan agama ini mendapat sambutan dalam kalangan komuniti Cina. Selain itu, badan-badan dakwah Islam seperti MAIDAM, PERKIM, MACMA dan Persatuan Darul Fitrah berperanan memperkasakan pendidikan dan penghayatan agama Islam dalam kalangan komuniti Cina yang memeluk agama Islam.

Item Type:Article
Keywords:Kedatangan; Cina; Diaspora; Agama; Terengganu
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:18612
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 May 2022 07:33
Last Modified:18 May 2022 08:35

Repository Staff Only: item control page