Mohamad Khairul Anuar Mohd Rosli, (2022) Strategi pengawalan serangga perosak dalam sektor penanaman kelapa di Selangor, 1874-1940. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 49 (1). pp. 44-64. ISSN 2180-0251
|
PDF
486kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1472
Abstract
Perkembangan kegiatan penanaman kelapa di Selangor sehingga muncul sebagai sektor pertanian komersial dipengaruhi oleh pelaksanaan pentadbiran British bermula tahun 1874. Pelbagai dasar telah diperkenalkan oleh pihak British untuk menggalakkan para pemodal supaya mengusahakan tanaman kelapa secara besar-besaran. Tidak cukup dengan itu, pihak British turut memberi bantuan secara berterusan dengan memberi perhatian kepada masalah serangga perosak untuk memastikan kelangsungan kegiatan penanaman kelapa. Fokus utama artikel ini bertujuan mengkaji peranan pihak British dalam mengkomersialkan kegiatan penanaman kelapa di Selangor sebelum tahun 1940 menerusi kawalan terhadap serangan serangga perosak. Artikel ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan dengan menganalisis sumber-sumber primer dan sekunder seperti Fail Setiausaha Kerajaan Selangor, rekod Jabatan Pertanian, buku dan jurnal. Hasil kajian mendapati langkah pengawalan serangga perosak yang dilaksanakan oleh pihak British terbahagi kepada dua pendekatan iaitu pencegahan dan pembasmian. Menerusi kaedah pencegahan, usaha diambil untuk menghalang pembiakan serangga perosak di kawasan penanaman kelapa dan memastikan tanaman bebas dari sebarang ancaman serangga perosak. Manakala kaedah pembasmian pula dilaksanakan untuk memusnahkan tempat pembiakan dan menyelesaikan masalah serangga perosak yang menyerang tanaman kelapa. Kedua-dua kaedah ini telah membantu mengatasi masalah serangan serangga perosak dan seterusnya menyumbang kepada perkembangan sektor penanaman kelapa di Selangor.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Dasar pertanian British; Pengurusan ladang; Enakmen pertanian; Jabatan Pertanian; Penyelidikan serangga perosak |
Journal: | Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies |
ID Code: | 18614 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 17 May 2022 07:50 |
Last Modified: | 18 May 2022 08:36 |
Repository Staff Only: item control page