Pertimbangan semula masyarakat tidak sivil di Malaysia : kajian kes PERKASA dan ISMA

Muhamad Takiyuddin Ismail, and Shah Mohd Akmal Abdul Halim, (2022) Pertimbangan semula masyarakat tidak sivil di Malaysia : kajian kes PERKASA dan ISMA. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 49 (1). pp. 87-113. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
550kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1472

Abstract

Peranan masyarakat sivil di Malaysia telah diperbahaskan dengan meluas oleh pelbagai sarjana. Perbincangan ini lantas memunculkan tipo binari, iaitu masyarakat tidak sivil (uncivil society). Walau bagaimanapun perbincangan konsep ini di Malaysia masih lagi terhad. Meskipun terdapat beberapa kajian yang menyentuh tentang masyarakat tidak sivil di Malaysia, namun ia masih tidak inklusif dan bias. Label masyarakat tidak sivil di Malaysia kebanyakannya dihalakan kepada NGO Melayu-Islam memandangkan NGO ini membawa perjuangan keeksklusifan etnik yang cenderung dinilai dari sisi pandang ‘ethnicization of knowledge’. Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu-Islam sering dilabel sebagai ‘masyarakat tidak sivil’ dan anti-demokratik. Dengan itu, kajian ini meneroka polemik mengenai ‘masyarakat tidak sivil’ di Malaysia berdasarkan kajian kes terhadap dua NGO Melayu-Islam yang berpengaruh dan sering dimomokkan mewakili ‘masyarakat tidak sivil’ iaitu Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Kajian ini mendapati bahawa PERKASA dan ISMA mempunyai takat kencenderungan yang lebih tinggi untuk dikelaskan sebagai masyarakat sivil berbanding masyarakat tidak sivil. Hujah ini berdasarkan karakter yang dipamerkan oleh kedua NGO ini yang menonjolkan peranan ‘kuasa ketiga’ melalui pembawaan isu-isu massa berpaksikan orientasi akar umbi dan dalam masa yang sama turut menyumbang kepada trajektori demokrasi di Malaysia. Bahkan, dari ciri-ciri asasnya, kedua-dua organisasi turut berada dalam landasan ‘masyarakat sivil’ yang masih berpaut pada kerangka fundamental sistem demokrasi.

Item Type:Article
Keywords:Masyarakat tidak sivil; Masyarakat sivil; PERKASA; ISMA; Pertubuhan bukan kerajaan Melayu-Islam
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:18616
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 May 2022 08:02
Last Modified:18 May 2022 08:39

Repository Staff Only: item control page