Surat Raja-Raja (SRR), Surat Undang-Undang (SUU) dan pensejarahan negeri Kedah, 1882-1911

Haslindawati Saari, (2022) Surat Raja-Raja (SRR), Surat Undang-Undang (SUU) dan pensejarahan negeri Kedah, 1882-1911. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 49 (1). pp. 135-160. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1472

Abstract

Surat Raja-Raja (SRR) dan Surat Undang-Undang (SUU) sememangnya telah memberi dimensi baharu kepada penulisan sejarah negeri Kedah terutama dari tahun 1882 sehingga tahun 1911. Kedua-dua manuskrip ini mengandungi surat-menyurat, laporan, minit dan perjanjian yang disusun dengan jelas. Malah kandungan SRR dan SUU juga dapat menunjukkan kesungguhan dan usaha yang dilakukan oleh pemerintah negeri Kedah dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Dalam masa yang sama, SRR dan SUU juga menunjukkan kesungguhan pemerintah negeri Kedah mengekalkan identiti dan menghadapi cabaran yang dihadapi dalam melindungi negeri berkenaan daripada British dan Siam. Maka dengan itu, kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana SRR dan SUU berperanan sebagai sumber sejarah utama di negeri Kedah dari tahun 1882 sehingga tahun 1911. Hasil kajian mendapati SRR dan SUU sememangnya merupakan sumber sejarah yang berwibawa dalam menjelaskan peristiwa-peristiwa sejarah meliputi aspek politik, ekonomi dan sosial di negeri Kedah dalam tempoh yang dinyatakan. SRR dan SUU juga telah melengkapi sumber-sumber terdahulu negeri Kedah seperti Surat Menyurat Sultan Abdul Hamid (SMSAH), fail-fail Setiausaha Kerajaan Kedah (SUK) atau fail dari Majlis Mesyuarat Negeri (Council Decisions), laporan rasmi daripada pihak British (Colonial Office), minit-minit mesyuarat (State Council Minute Book) serta surat-surat pekeliling (State Council Circular). Sesungguhnya SRR dan SUU telah memberi sumbangan besar terhadap penyelidikan sejarah di negeri Kedah dan histriografi Melayu di negara kita.

Item Type:Article
Keywords:Surat Raja-Raja (SRR); Surat Undang-Undang (SUU); Kedah; Manuskrip; Surat-menyurat
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:18618
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 May 2022 08:13
Last Modified:18 May 2022 08:43

Repository Staff Only: item control page