Antara kepentingan nasional dan komitmen antarabangsa : pengalaman Malaysia mengurus pelarian Vietnam dari tahun 1975 hingga 1990-an

Aszlan Selamat, (2022) Antara kepentingan nasional dan komitmen antarabangsa : pengalaman Malaysia mengurus pelarian Vietnam dari tahun 1975 hingga 1990-an. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 49 (1). pp. 161-188. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
574kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1472

Abstract

Makalah ini bertujuan membincangkan pengalaman Malaysia mengurus pelarian Vietnam dari tahun 1975 hingga 1990-an. Sejak tahun 1975, Malaysia telah membantu lebih daripada 250 ribu orang pelarian Vietnam atas dasar kemanusiaan sejagat. Walau bagaimanapun, Malaysia terpaksa mengubah beberapa dasar termasuklah menutup pintu, mendesak negara ketiga dan mempengerusikan persidangan pelarian Indochina kedua disebabkan jumlah pelarian Vietnam yang datang ke Malaysia terus meningkat. Pada masa yang sama, kerajaan negeri Terengganu telah menuntut semula Pulau Bidong sebagai penempatan sementara kepada pelarian Vietnam yang berada di Malaysia. Perkara ini menyebabkan Malaysia tersepit antara komitmen antarabangsa dan menjaga kepentingan nasional. Kaedah penyelidikan sejarah digunakan dengan merujuk sumber primer khususnya laporan Parlimen Malaysia. Temu bual bersama Tun Dr Mahathir Mohamad turut dijalankan. Berdasarkan analisis sejarah, didapati Malaysia secara konsisten memberi komitmen yang tinggi dalam usaha membantu pelarian Vietnam di Malaysia walaupun Malaysia tidak pernah meratifikasi Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol Pelarian 1967. Walau bagaimanapun usaha Malaysia akhirnya dikecam sebagai tidak berperikemanusiaan diperingkat antarabangsa kerana mengugut menembak dan menolak pelarian Vietnam kembali ke laut. Tetapi Malaysia tidak pernah berputus asa dan masih terus memberi layanan sewajarnya kepada pelarian Vietnam sebelum dihantar semula ke negara asal atau dipindahkan ke negara ketiga.

Item Type:Article
Keywords:Pelarian; Vietnam; Malaysia; Komitmen antarabangsa; Kepentingan nasional
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:18619
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 May 2022 08:20
Last Modified:18 May 2022 08:44

Repository Staff Only: item control page