Perkhidmatan bekalan elektrik di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu sebelum tahun 1940 : perkembangan dan impak ekonomi

Mohamad Khairul Anuar Mohd Rosli, and Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, (2018) Perkhidmatan bekalan elektrik di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu sebelum tahun 1940 : perkembangan dan impak ekonomi. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 45 (2). pp. 24-46. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
428kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1147

Abstract

Elektrik merupakan tenaga baharu yang mula digunakan secara meluas di Negeri-negeri Melayu Bersekutu menjelang tahun 1920-an. Sebagai tenaga yang cekap, usaha untuk membangunkannya sebagai salah satu bentuk kemudahan asas telah diberi perhatian khusus oleh pihak kerajaan. Pelbagai usaha telah diambil oleh pihak kerajaan dengan mewujudkan pengurusan yang sistematik dan melaksanakan pembangunan secara berterusan selain mendapatkan kerjasama daripada syarikat-syarikat swasta. Perkhidmatan bekalan elektrik yang disediakan telah memberi dimensi baru kepada pertumbuhan sektor ekonomi. Penggunaan elektrik dalam sektor perlombongan bijih timah membolehkan pengusaha-pengusaha lombong menggunakan jentera moden seterusnya telah membawa sektor tersebut ke satu era baharu. Malah penyediaan tenaga kerja juga dilihat lebih terjamin. Selain itu, pembangunan bekalan elektrik yang giat dilakukan dilihat telah menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan untuk terlibat dalam industri bekalan elektrik sebagai pekerja yang berkemahiran. Kemajuan dalam penyediaan bekalan elektrik dan reaksi positif yang ditunjukkan oleh masyarakat dengan mengaplikasikan tenaga elektrik dalam kehidupan telah memberi galakan kepada kemunculan sektor perniagaan berasaskan elektrik. Kesempatan ini digunakan oleh pemodal untuk mengasaskan syarikat perniagaan seterusnya meraih keuntungan menerusi perkhidmatan yang disediakan.

Item Type:Article
Keywords:Kemudahan asas; Buruh; Perlombongan; Syarikat swasta; Empangan
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:18621
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 May 2022 04:04
Last Modified:19 May 2022 00:19

Repository Staff Only: item control page