Operasi pasukan F dalam pembanterasan Parti Komunis Malaya (PKM) di Semenanjung Malaysia 1971-1989

Roslan Muhamad, and Ishak Saat, (2018) Operasi pasukan F dalam pembanterasan Parti Komunis Malaya (PKM) di Semenanjung Malaysia 1971-1989. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 45 (2). pp. 78-103. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
550kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1147

Abstract

Artikel ini memaparkan mengenai kewujudan dan operasi Pasukan Rahsia Unit Cawangan Khas Polis Di Raja Malaysia (PDRM) iaitu Pasukan E3F atau dikenali juga dengan nama Pasukan F dalam misi membanteras pengganas komunis ketika kebangkitan kedua PKM pada tahun 1968-1989 di Semenanjung Malaysia. Kegagalan pemberontakan bersenjata ketika Darurat 1948-1960 memberi ruang kepada PKM untuk melakukan kebangkitan kedua. Lantaran itu, pasukan keselamatan negara khususnya PDRM menerusi Pasukan F merangka dan merancang strategi tersusun yang penuh dengan taktikal berhelah dalam usaha melakukan penghapusan terhadap PKM. Kehebatan dan kepakaran Pasukan F dalam menumpaskan pengganas komunis dilakukan dalam operasi-operasi rahsia. Oleh kerana kerahsiaan yang tinggi, kewujudan Pasukan F tidak pernah didedahkan kepada umum sama ada dalam bentuk penceritaan atau penerbitan. Kerahsiaan pasukan ini adalah atas faktor keselamatan. Oleh sebab kewujudan pasukan ini tidak pernah dibukukan sebelum ini, kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah penyelidikan temubual dengan individu yang terlibat secara langsung dalam operasi yang dijalankan. Hasil kajian ini mendapati bahawa kehebatan dan kepakaran Pasukan F dalam melakukan gerakan berhelah terhadap pembanterasan komunis sehingga membawa kepada perletakan senjata. Seterusnya merintis kepada Perjanjian Damai Hat Yai pada 2 Disember 1989.

Item Type:Article
Keywords:Parti Komunis Malaya (PKM); Polis Di Raja Malaysia (PDRM); Perjanjian Damai Hat Yai; Pasukan F & keselamatan
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:18623
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 May 2022 04:15
Last Modified:19 May 2022 00:21

Repository Staff Only: item control page