Tiga tradisi utama dalam kajian keselamatan : objektiviti, subjektiviti dan discursive

Ramli Dollah, (2018) Tiga tradisi utama dalam kajian keselamatan : objektiviti, subjektiviti dan discursive. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 45 (2). pp. 126-160. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
577kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1147

Abstract

Tamatnya Perang Dunia II menandakan bermulanya perdebatan utama yang menyentuh persoalan epistemologi dan ontologi dalam Kajian Keselamatan. Ia bermula dengan pendekatan objektiviti-materialisme atau dikenali sebagai pendekatan tradisional yang dipelopori oleh teori (neo)realisme dan (neo)liberalisme. Pendekatan yang mendominasi era Perang Dingin ini berusaha memahami isu keselamatan menggunakan pendekatan saintifik. Aliran ini percaya bahawa sebarang fenomena sosial, termasuk juga isu keselamatan hanya boleh difahami menggunakan pendekatan saintifik iaitu sains. Aliran ini berkembang dan menjadi salah satu pendekatan paling dominan dalam Kajian Keselamatan sepanjang era Perang Dingin. Namun, pada tahun 1980an dan 1990an, aliran tradisional ini mula dicabar oleh beberapa pendekatan lain yang cuba memahami isu keselamatan daripada perspektif yang berbeza. Ini membawa kepada kemunculan aliran subjektiviti-ideational dan discursive yang melihat keselamatan perlu difahami melalui epistemologi dan ontologi yang berbeza. Untuk tujuan tersebut, artikel ini cuba untuk melihat evolusi dalam Kajian Keselamatan dengan memfokuskan perbincangan kepada tiga tradisi utama dalam Kajian Keselamatan iaitu objektiviti-materialisme yang mendominasi debat keselamatan semasa Perang Dingin (juga dikenali sebagai aliran tradisional); kepada kemunculan subjektiviti-ideational melalui aliran kritikal; dan, juga aliran discursive yang menekankan peranan bahasa dalam memahami fenomena keselamatan. Artikel ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menumpukan kepada kajian perpustakaan. Ia menghujahkan bahawa pendekatan yang berbeza dalam memahami persoalan keselamatan ini penting terutamanya dalam memahami fenomena keselamatan di peringkat antarabangsa yang semakin kompleks.

Item Type:Article
Keywords:Keselamatan; Objektiviti; Subjektiviti; Discursive; Bahasa
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:18625
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 May 2022 04:41
Last Modified:19 May 2022 00:27

Repository Staff Only: item control page