Tsunami India dalam pilihan raya umum ke-14 : peralihan sokongan daripada politik etnik kepada politik multietnik

Suresh Kumar N Vellymalay, and Sivarajan Ponniah, (2018) Tsunami India dalam pilihan raya umum ke-14 : peralihan sokongan daripada politik etnik kepada politik multietnik. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 45 (2). pp. 206-231. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
455kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1147

Abstract

Artikel ini bertujuan membincangkan dorongan peralihan sokongan pengundi India daripada parti politik berasaskan etnik kepada parti politik berasaskan multietnik dalam Pilihan Raya Umum ke-14 di Malaysia. PRU14 telah mengubah landskap politik tanahair dengan terbentuknya peralihan kuasa politik melalui pilihan raya buat kali pertama sejak kemerdekaan. PRU14 menyaksikan perubahan oleh PH dengan menumbangkan tampuk kuasa BN selama 60 tahun. Tsunami politik dalam PRU14 turut menyaksikan kuasa rakyat yang berpotensi kuat untuk berubah. Kaum India di Malaysia juga memberi sokongan besar kepada PH di mana mereka juga telah memilih untuk berubah. Kerjasama kaum India membawa peralihan undi yang signifikan kepada PH yang turut menyebabkan tumbangnya parti pemerintah. Pelbagai faktor seperti permasalahan kaum India yang tidak terselesai, kegagalan parti MIC dan kurangnya kredibiliti calon MIC, kepimpinan Mahathir Mohamad, kekuatan Manifesto PH, peranan media sosial, peranan generasi muda dan peranan Hindraf mendorong peralihan besar undi kaum India kepada PH dalam PRU14. Sokongan kaum India kepada MIC dan BN telah mengalami penurunan secara drastik sejak PRU12 apabila mereka gagal meningkatkan taraf sosioekonomi kaum India. Hal ini memberi laluan kepada kaum India untuk mengalihkan sokongan daripada parti berasaskan etnik kepada parti berasaskan multietnik dalam PRU14.

Item Type:Article
Keywords:Pilihan Raya Umum Ke-14; Kaum India; Parti politik; Barisan Nasional (BN); Pakatan Harapan (PH)
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:18630
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 May 2022 07:28
Last Modified:19 May 2022 00:32

Repository Staff Only: item control page