Parti-parti politik kiri dalam pilihan raya Umum ke-14

Muhammad Febriansyah, and Sharifah Nursyahidah Syed Annuar, (2018) Parti-parti politik kiri dalam pilihan raya Umum ke-14. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 45 (2). pp. 273-297. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
496kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1147

Abstract

Pilihan Raya Umum Ke-14 menyaksikan dua parti kiri, iaitu Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) bertanding lebih banyak kerusi DUN dan Parlimen selepas beberapa dekad. Ia juga merupakan kali pertama semua calon PSM bertanding atas logo parti mereka sendiri setelah menggunakan tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam dua PRU sebelumnya. Namun keputusan PRU-14 tidak satu pun memihak kepada mereka kerana semua calon yang bertanding kehilangan deposit. Artikel ini akan membincangkan penglibatan kedua-dua parti tersebut dalam PRU-14. Pengkaji beranggapan bahawa hasil PRU yang tidak memihak kepada parti-parti kiri bukan penolakan sepenuhnya terhadap idea dan parti kiri di Malaysia. Ia kerana bagi parti kiri, partisipasi pilihan raya bukan satu-satunya cara untuk mencapai cita-cita politik. Namun PRM dan PSM gagal membuktikan bahawa mereka adalah alternatif sehingga membenarkan pandangan umum bahawa PRU-14 adalah segalanya tentang persaingan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Item Type:Article
Keywords:Parti kiri; Parti Rakyat Malaysia (PRM); Parti Sosialis Malaysia (PSM); Sosialis; Pilihan Raya Umum Ke-14
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:18633
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 May 2022 07:40
Last Modified:19 May 2022 00:35

Repository Staff Only: item control page