Muhamad Takiyuddin Ismail, (2018) Kejatuhan UMNO dalam pilihan raya umum ke-14 : analisis pengajaran politik. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 45 (2). pp. 319-342. ISSN 2180-0251
|
PDF
470kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1147
Abstract
Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menyaksikan UMNO yang merupakan antara rejim parti dominan terunggul di dunia tumbang. Artikel ini menganalisis kronologi kejatuhan UMNO dalam konteks pengajaran politik. Ia menghujahkan bahawa kesemua sebab yang dilaporkan menyumbang kepada kekalahan UMNO pada PRU-14 telah diperkatakan lebih awal sejak tahun 1999. Sebagai parti dominan yang mengalami kejatuhan yang paling lewat, UMNO telah dibentangkan dengan berbagai pembelajaran dan pengajaran politik dari kejatuhan parti-parti dominan sebelumnya. Khusus dalam hubungan ini ialah kejatuhan sebuah lagi parti konservatif terbesar iaitu LDP Jepun pada 2009 yang begitu menggusarkan UMNO. Walaupun UMNO sememangnya memaklumi dan mengambil perhatian terhadap nasib dan halatuju yang menimpa parti-parti dominan yang telah keluar dari kekuasaan, penimbaan pengajaran politik ini seringkali diaplikasikan secara sempit dan hanya cenderung dilontarkan sebagai kegunaan umum (public consumption). Kesenjangan antara pengajaran sebenar dan pengajaran berbentuk artifisial ini dihujahkan menyumbang terhadap kekalahan yang tidak dijangkakan dalam PRU-14.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pilihan Raya Umum Ke-14; UMNO; Parti dominan; Pengajaran politik; LDP |
Journal: | Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies |
ID Code: | 18635 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 18 May 2022 07:45 |
Last Modified: | 19 May 2022 00:37 |
Repository Staff Only: item control page