Muhammad Ariff Asyrul Adnan, and Sity Daud, (2018) Manifesto Barisan Nasional dan kejatuhan Najibnomics dalam pilihan raya umum ke-14. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 45 (2). pp. 343-366. ISSN 2180-0251
|
PDF
468kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1147
Abstract
Manifesto Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) memfokuskan soal agenda “Bersama BN Hebatkan Negaraku” dengan berpaksikan kepada agenda program pembangunan di bawah “Najibnomics”. Pelaksanaan Najibnomics adalah berteraskan kepada perihal usaha kerajaan di bawah kepimpinan Najib Razak untuk mewujudkan ekonomi yang bersifat terangkum dan seimbang bagi melahirkan negara Malaysia yang berpendapatan tinggi dan komprehensif pembangunannya. Melalui Najibnomics, dasar pembangunan yang komprehensif dan praktikal diperkenalkan melalui medium pengukuhan dasar ekonomi yakni Model Ekonomi Baru (MEB). Bagi memastikan keseimbangan dapat dicapai, pelaksanaan MEB di bawah Najibnomics memfokuskan kepada agihan sama rata faedah ekonomi terhadap semua kelas sosial di Malaysia dan cenderung ke arah pembangunan populis. Artikel ini membahaskan perihal kejatuhan Najibnomics dalam PRU-14 yang mempunyai perkaitan kuat dengan manifesto yang ditawarkan Barisan Nasional. Penolakan terhadap Najibnomics berlaku dipengaruhi oleh kombinasi faktor iaitu peranan BR1M sebagai bantuan sosial atau alat pemerintah, skandal 1MDB yang melibatkan Najib Razak, kelemahan pelaksanaan GST dan ketidakseimbangan agihan ekonomi yang menyumbang kepada kenaikan kos hidup rakyat di Malaysia. Tuntasnya, walaupun tawaran populis dikemukakan oleh manifesto BN, PRU-14 yang menyaksikan kekalahan Barisan Nasional buat kali pertama dalam sejarah Malaysia turut menandakan penolakan rakyat terhadap Najibnomics.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Dasar pembangunan; Najibnomics; Pembangunan populis; Model Ekonomi Baru; Pilihan Raya Umum Ke-14 |
Journal: | Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies |
ID Code: | 18636 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 18 May 2022 07:48 |
Last Modified: | 19 May 2022 00:42 |
Repository Staff Only: item control page