Politik, pengundi dan faktor Melayu/Bumiputera : analisis terhadap kegagalan Barisan Nasional dalam PRU 2018

Muhamad Nadzri Mohamed Noor, and Jamaie Hamil, (2018) Politik, pengundi dan faktor Melayu/Bumiputera : analisis terhadap kegagalan Barisan Nasional dalam PRU 2018. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 45 (2). pp. 386-408. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
430kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1147

Abstract

Artikel ini menganalisis kepentingan politik dan pengundi Melayu/Bumiputera dan keterhubungannya dengan kelangsungan politik United Malays National Organisation (UMNO) dan Barisan Nasional (BN) di Malaysia. Hegemoni UMNO/BN di kawasan majoriti Melayu dan luar bandar telah menghalang usaha pembangkang untuk menawan kerajaan persekutuan sejak PRU yang pertama. Untuk itu, dalam menyaingi dan memecahkan dominasi UMNO/BN di kawasan ini, pakatan pembangkang yang baharu - Pakatan Harapan (PH) telah mengadakan kerjasama strategik dengan Mahathir dan beberapa tokoh besar UMNO dalam membina dan memperkuatkan dua parti Melayu di Malaysia iaitu Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan juga Parti Warisan Sabah (Warisan). Artikel ini menghujahkan keupayaan PH dalam membentuk sebuah pakatan pembangkang yang kuat, representatif dan berwibawa - khasnya dengan melibatkan parti berasaskan Melayu/Bumiputera di dalam PH - menjadi antara sebab penting bagaimana dominasi BN dalam politik Malaysia dapat dipecahkan. Namun, artikel ini juga mengidentifikasi faktor-faktor lain yang turut membawa kepada kegagalan rejim BN dalam PRU ke-14 iaitu: pepecahan dalaman elit pemerintah (elite ruptures); kewujudan isu besar yang mempunyai impak; serta kemajuan teknologi ICT dan pembentukan masyarakat digital/informatif di Malaysia. Hujah-hujah ini menjawab kepada persoalan mengenai kegagalan rejim BN dalam mempertahankan kedudukannya di peringkat persekutuan dalam PRU ke-14 di sebalik pelbagai manipulasi yang dilakukan dan perpecahan pakatan pembangkang berikutan keluarnya parti Islam berpengaruh, PAS dari pakatan tersebut Konsep autoritarianisme kompetitif digunapakai sebagai landasan teoritikal bagi memerihalkan persaingan pilihan raya yang agresif di dalam sistem autoritarian di mana manipulasi dilakukan secara struktural oleh parti pemerintah dalam mendapat kelebihan untuk memenangi pilihan raya.

Item Type:Article
Keywords:Pilihan Raya Umum 2018; Politik Melayu; Barisan Nasional; Pakatan Harapan; Mahathir; Parti Peribumi Bersatu Malaysia
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:18638
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 May 2022 07:54
Last Modified:19 May 2022 00:44

Repository Staff Only: item control page