Berita Pakatan Harapan : analisis terhadap tingkah laku pengguna media sosial

Rohayati Paidi, and Asmadi Hassan, (2021) Berita Pakatan Harapan : analisis terhadap tingkah laku pengguna media sosial. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 37 (3). pp. 18-37. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
872kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1424

Abstract

Kemampuan media sosial dalam mempengaruhi kehidupan pengguna internet sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Ciri-ciri yang terdapat pada aplikasi media sosial membolehkan pengguna berita memainkan peranan sebagai pengeluar bukan profesional. Situasi ini mendedahkan kepada kepincangan dari segi maklumat yang disebarkan kerana ia bergantung kepada kecenderungan tingkah laku pengguna. Sebagai contoh, semakin banyak pengguna berita menulis komen yang memihak kepada sesuatu bentuk pandangan, maka semakin tinggi kemungkinan bahawa persepsi umum akan terbina berdasarkan pandangan tersebut. Begitu juga dengan tajuk-tajuk berita yang dikongsikan di mana ia boleh dijadikan ukuran dalam menilai persepsi umum yang bakal terbina hasil kecenderungan tingkah laku pengguna yang berkongsi tajuk-tajuk berita berkenaan. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis tingkah laku pengguna media sosial, iaitu Facebook, terhadap berita berkaitan Pakatan Harapan (PH) yang dilaporkan oleh Sinar Harian menjelang setahun pemerintahannya. Tingkah laku pengguna diukur berdasarkan bilangan komen yang ditulis, bilangan perkongsian berita yang dilakukan serta bilangan reaksi emoji yang ditunjukkan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang mengaplikasikan kaedah analisis kandungan. Teori penentuan agenda digunakan dalam menghuraikan analisis kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa, walaupun pihak media profesional memilih untuk menyiarkan tajuk berita dari pelbagai kecenderungan, namun pengguna media sosial lebih berminat untuk meningkatkan akses terhadap tajuk berita yang berkecenderungan berat sebelah. Justeru, kajian ini menyimpulkan bahawa, adalah tidak wajar untuk bergantung kepada maklumat yang tersebar di media sosial semata-mata dalam membina persepsi terhadap sesuatu perkara.

Item Type:Article
Keywords:Media sosial; Tingkah laku pengguna berita; Pakatan Harapan; Penentuan agenda; Persepsi umum
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:18645
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 May 2022 03:35
Last Modified:24 May 2022 00:09

Repository Staff Only: item control page