Keberkesanan media sosial dan strategi keunikannya bagi kempen bahaya penyalahgunaan dadah

Mohamad Hafifi Jamri, and Jamilah Ahmad, and Nurzali Ismail, and Darshan Singh, (2021) Keberkesanan media sosial dan strategi keunikannya bagi kempen bahaya penyalahgunaan dadah. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 37 (3). pp. 111-133. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
727kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1424

Abstract

Penggunaan media sosial dalam kempen kesihatan di Malaysia kebelakangan ini dilihat kian dipentingkan. Senario positif ini memberikan gambaran bahawa pelbagai pihak mulai melihat kelebihan yang dimiliki oleh medium ini dalam membantu menangani isu-isu yang menjadi risiko dan ancaman kepada kesihatan awam. Walau bagaimanapun, kajian-kajian yang dijalankan bagi menilai keberkesanan medium ini dalam kempen kesihatan awam umumnya dan Kempen Bahaya Penyalahgunaan Dadah khususnya dilihat amatlah terhad. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai tahap keberkesanan media sosial dan strategi keunikannya dalam Kempen Bahaya Penyalahgunaan Dadah di Malaysia. Reka bentuk kajian keratan rentas kaedah campuran digunakan bagi kajian ini iaitu kaedah kuantitatif (survei) dan kaedah kualitatif (temu bual mendalam). Sejumlah 400 orang responden direkrut bagi perolehan data survei dan seramai 12 orang informan direkrut bagi perolehan data temu bual mendalam. Dapatan utama survei menunjukkan bahawa keberkesanan strategi keunikan media sosial adalah di tahap yang tinggi. Manakala, dapatan utama temu bual mendalam pula menunjukkan bahawa adanya keberkesanan media sosial AADK dari segi (1) keupayaannya membantu pihak AADK dalam konteks kebolehgunaannya yang mudah dan murah, (2) keupayaannya membantu mempengaruhi masyarakat, (3) perolehan sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat, (4) perolehan capaian yang tinggi, serta (5) strategi keunikan berjaya menarik perhatian masyarakat. Secara keseluruhannya, penggunaan media sosial dalam Kempen Bahaya Penyalahgunaan Dadah di negara ini mempunyai keberkesanan. Penggunaan medium ini wajar diteruskan serta diperhebatkan lagi dengan strategi yang lebih kreatif dan inovatif sekaligus meningkatkan keberkesanan sedia ada.

Item Type:Article
Keywords:Media sosial; Kempen; Dadah; Belia; Malaysia
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:18650
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 May 2022 04:31
Last Modified:24 May 2022 00:15

Repository Staff Only: item control page