Dilema pembikin filem dokumentari Indie Malaysia

Loh, Yoke Ling and Mohd. Nor Shahizan Ali, (2022) Dilema pembikin filem dokumentari Indie Malaysia. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 38 (1). pp. 20-42. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
333kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1473

Abstract

Filem dokumentari adalah filem bukan fiksyen mempunyai unsur pemujukan, isi kandungan yang objektif dan teknik sinematik yang kandid. Ia merupakan alat propaganda yang penting bagi membantu kerajaan dalam aktiviti pembangunan negara dan perubahan sikap rakyat. The Freedom Film Fest yang dianjurkan setiap tahun sejak tahun 2003 oleh Pusat Komunikasi Masyarakat telah memberi saluran alternatif dan ruang yang lebih bebas daripada batasan undang-undang kepada pembikin filem dokumentari indie untuk merepresentasikan isu-isu sosial, ekonomi dan politik. Namun, genre media ini tidak mendapat sambutan yang ramai terutamanya remaja atau industri filem kerana ia dianggap sebagai medium yang kurang menarik. Kebanyakan pembikin filem dokumentari indie tidak lagi menerbitkan filem dokumentari memandangkan ia tidak mendapat sambutan ramai. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pembikin filem dokumentari terutamanya mereka yang digelar pembikin filem indie di dalam Malaysia. Temubual bersama lima orang penerbit dan pembikin filem dokumentari indie telah dijalankan dalam penyelidikan ini untuk meneliti masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka dalam menghasilkan filem dokumentari. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa kurangnya platform pengedaran dan penyiaran, kewangan, promosi, batasan undang-undang, teknik penerbitan dan rancangan penerbitan yang tidak sempurna merupakan masalah-masalah utama yang dihadapi oleh pembikin filem dokumentari indie di industri Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Filem dokumentari Indie; Pembikin filem dokumentari; Industri filem malaysia; Pengedaran dan penyiaran; Pemikiran kritikal
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:18665
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 May 2022 00:42
Last Modified:24 May 2022 00:35

Repository Staff Only: item control page