Isu sawit Malaysia dalam laporan akhbar Kesatuan Eropah

Azlizan Mat Enh, and Muhamad Khaider Bustami, and Hasrina Mustafa, and Mohd Shazwan Mokhtar, and Nur Solehah Mohd Ashri, (2022) Isu sawit Malaysia dalam laporan akhbar Kesatuan Eropah. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 38 (1). pp. 118-142. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
815kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1473

Abstract

Artikel ini membahaskan bagaimana media Eropah melaporkan mengenai sawit Malaysia kepada pengguna di negara-negara Kesatuan Eropah. Isu kelapa sawit seperti yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar Eropah dikatakan membawa banyak keburukan dan memberi impak terhadap alam sekitar, penebangan hutan, kepupusan spesies haiwan dan buruh kanak-kanak. Peranan dan pengaruh media Eropah yang konsisten dalam memberi laporan dan membawa sentimen kepada pengguna Eropah tentang keburukan sawit Malaysia berjaya mencetuskan kempen anti sawit dalam kalangan para pengguna. Hal ini turut menyebabkan penurunan eksport sawit Malaysia ke Kesatuan Eropah, yang secara tidak langsung telah menjejaskan nasib 600,000 pekebun sawit di Malaysia. Artikel ini menggunakan pendekatan kajian kepustakaan terhadap sumber-sumber seperti surat khabar negara Kesatuan Eropah yang mempunyai jumlah pembaca tertinggi di negara masing-masing seperti Guardian dan BBC (United Kingdom), Fakt, Gazeta Wyborcza dan Super Express (Poland), The Brussel Times, Metro dan Gazet Van Antwerpen (Belgium) untuk menganalisis isu-isu sawit yang dilaporkan dalam media ini. Hasil kajian mendapati bahawa isu sawit dalam laporan akhbar Kesatuan Eropah yang dipaparkan oleh media Eropah mengenai keburukan sawit Malaysia tidak berlaku seperti mana yang dilaporkan. Hakikatnya, tindakan yang dilakukan tersebut adalah bertujuan untuk ‘melindungi’ agenda sebenar mereka, iaitu untuk menggantikan sawit dengan tanaman soya mereka. Isu yang digembar-gemburkan oleh akhbar-akhbar tersebut telah memberikan imej yang buruk terhadap industri sawit Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Kesatuan Eropah; Minyak sawit Malaysia; MPOB; MPOC; Biofuel
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:18670
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 May 2022 02:02
Last Modified:24 May 2022 00:57

Repository Staff Only: item control page