Filem dan khalayak : ancaman keselamatan negara

Noor Aziah Abdullah, and Wan Amizah Wan Mahmud, and Mohamad-Noor Salehhuddin Sharipudin, and Yusniza Yusuf, (2022) Filem dan khalayak : ancaman keselamatan negara. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 38 (1). pp. 240-255. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
292kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1473

Abstract

Sejarah awal industri filem dikatakan bermula di Amerika Syarikat. Filem Melayu pertama kali dihasilkan di Tanah Melayu pada tahun 1932 iaitu filem Nelayan dan Laila Majnun yang diterbitkan oleh Motilal Chemical Company. Perintah kawalan pergerakan ekoran dari pandemik Covid-19 telah mempengaruhi dan meningkatkan kebergantungan khalayak terhadap filem. Perkara ini membimbangkan kerana Filem dikatakan mampu memberi kuasa estetik yang kuat, pandangan dalam pelbagai budaya dan kaedah baru berfikir secara sepintas lalu. Pemikiran ini terhasil dari kesan tontonan ke atas adegan yang digambarkan di dalam filem. Selaras dengan itu, objektif kajian ini dibentuk untuk meneroka kuasa filem dalam memberi ancaman kepada keselamatan negara dan kedua, mengenal pasti kesan kebergantungan khalayak terhadap filem dengan mengaplikasikan Teori Kebergantungan Media. Bagi mendapatkan dapatan kajian, kaedah kualitatif sepenuhnya digunakan. Ini melibatkan temu bual mendalam bersama 19 orang informan yang terdiri dari penggubal dasar, penguatkuasa, pengamal undang-undang dan penggiat industri media serta penonton. Selain itu, analisis dokumen berkaitan dengan perundangan dilaksanakan. Hasil kajian mendapati bahawa filem berupaya memberi ancaman kepada keselamatan negara sekiranya penapisan filem tidak dilaksanakan dan kesan kebergantungan khalayak terhadap filem mampu memberi pengaruh dan perubahan dalam kehidupan sosial penonton. Kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada industri media untuk menghasilkan filem yang bermatlamat mengekalkan keharmonian kaum dan keamanan nasional.

Item Type:Article
Keywords:Filem; Kuasa filem; Teori kebergantungan media; Penapisan filem; Malaysia
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:18676
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 May 2022 03:50
Last Modified:24 May 2022 01:05

Repository Staff Only: item control page